Larangan perkongsian penggunaan pelekap Mulut (mouthpiece) bagi murid-murid bidang muzik Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ)   

Larangan berkenaan perkongsian pelekap mulut (mouthpiece) bagi Alat Muzik Tiupan dikuatkuasakan serta merta selepas sekolah dibuka mulai 3hb Ogos 2020.

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, selain amalan penjarakan sosial 1 meter, pihak sekolah akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan murid berkongsi barangan peribadi antara murid-murid termasuklah alat muzik yang diguna pakai.

Pihak sekolah tidak ada halangan untuk membenarkan murid meminjam alat muzik tiupan milik sekolah; akan tetapi ibu bapa/penjaga digalakkan untuk menyediakan pelekap mulut(mouthpiece) mengikut kategori alat tiupan masing-masing demi keselamatan dan kesihatan anak-anak terutamanya dalam tempoh PKP akibat penularan wabak Covid-19.

Catatan:

* Size pelekap mulut (mouthpiece) untuk Clarinet dan Saxophone adalah 4C.

* Size pelekap mulut (mouthpiece) untuk alat muzik trumpet dan trombone adalah standard

* Ibu bapa boleh membeli Pelekap mulut (mouthpiece) di kedai-kedai yang menjual peralatan muzik. Ibu bapa atau murid boleh menghubungi jurulatih muzik berkenaan dengan saiz pelekap mulut yang sesuai dengan alat muzik milik sekolah.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia