1. Rancangan Pengajaran mempunyai tujuan yang penting

Kita harus jujur dalam perancangan, ambil masa untuk mengaitkan setiap sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan ini akan meningkatkan kecekapan pelaksanaan.

Anda harus sedar, 70% daripada apa yang anda bakal laksanakan sebagai guru bermula sebelum menjejakkan kaki ke bilik darjah.

2. Teori, pedagogi dan metodologi yang dipelajari di institut perguruan dan Universiti merupakan asas kepada membuat keputusan untuk menyelesaikan situasi dunia sebenar yang anda bakal berdepan.

Mitos yang mengatakan aspek ini tidak penting adalah tidak betul sama sekali.

Bagi saya, definisi seorang guru datang daripada keinginan dan usaha untuk menyelesaikan masalah serta cabaran bersama.

Kalau tidak tahu sesuatu, pergi cari!

Kalau tidak pasti, baca!!

Kalau masih keliru, minta pendapat dan cadangan daripada guru-guru yang mempunyai prinsip dan minat yang sama dengan kamu.

Seseorang yang dapat memberi inspirasi dan mengembangan idea anda.

3. Nilai dan taksir murid-murid anda untuk belajar, dan bukan sekadar melabel mereka.

Membuat refleksi untuk memperbaiki diri, murid-murid, pengajaran, dan hasil pembelajaran adalah refleksi sebenar dan tujuan sebenar penilaian dan pentaksiran.

Apabila anda aktif menilai, anda akan peka dan sentiasa sedar akan keperluan dan kelebihan murid-murid.

Ini akan menjurus kepada penjanaan idea-idea yang lebih baik, projek yang sesuai dan mencabar kemampuan murid, dan intervensi spesifik.

Ingat, beri diri anda dan murid-murid masa yang cukup kerana tiada sebarang transformasi berlaku dalam sekelip mata.

4. Teknologi, alat muzik, dan modul-modul adalah alat.

Walaupun alatan anda hebat, canggih, dan mengagumkan, ia tidak berguna sekiranya murid-murid tidak dapat berseronok, fokus, dan terlibat aktif dalam PdPc.

Belajar untuk mengenal pasti keutamaan anda; kerja keras dan tingkatkan autonomi dan hasil murid.

5. Cinta dan sayangkan murid-murid anda.

Ini sebab kasih sayang menlangakaui sebarang halangan bangsa, agama, dan lokasi.

Saya berjanji hari-hari anda akan penuh dengan kegembiraan, dan hidup anda akan sentiasa dirahmati walaupun terpaksa meredah hutan atau bergadai nyawa di atas bot.

Akhir kata, ‘Go forth and make a difference!!’

I believe we need good pedagogy to teach,

I believe in the pedagogy of the heart.

 

Samuel Isaiah

Bekas guru Bahasa Inggeris, SK Runchang, Pahang

Kini melanjutkan pengajian di State University of New York, Amerika Syarikat

Artikel Menarik:

‘Fahami fungsi sebenar kalkulator’- Ini peringatan penting guru cemerlang Matematik buat calon SPM

‘Bayangkan wajah mak ayah, jika kegagalan yang kau cari…’ - Cikgu Razali

Cikgu SK Ulu Lemanak redah laluan balak 150km selamatkan murid dari jerebu teruk di Lubok Antu

Mahu murid menjadi lebih kreatif...ini ada 17 tip untuk guru-guru jadikan panduan