Hari ni Cikgu Hakim nak kongsikan cara untuk mencuri markah dalam kertas 2 Matematik UPSR. Ianya dibenarkan. Jangan risau.

1. Fahamkan arahan soalan.
Kertas 2 bagi subjek Matematik UPSR biasanya akan hadir dengan 1 / 2 / 3 / 4 markah bagi satu-satu soalan.

Jenis-jenis arahan.

Nyatakan - 1 markah ke 2 markah

Hitung - 2 markah ke 4 markah

Bina - 2 markah ke 4 markah

Lorekkan - 1 markah ke 3 markah

Ini adalah antara arahan yang biasa digunakan dalam soalan Matematik.

Nyatakan. Kebiasaannya tidak perlu jalan kira. Tuliskan sahaja dan biasanya soalan ini membawa 1 markah.

Hitung. Pasti melibatkan pengiraan dan jalan kerja. Dengan adanya ayat matematik yang betul sekalipun akan memberi satu markah kepada calon. Walaupun jawapannya salah.

Serius.

Ayat matematik yang betul akan diberikan markah walaupun jawapannya salah.

Bina. Calon perlu membina atau mencipta sesuatu. Contohnya bina jadual dan graf. Biasanya bentuk soalan begini membawa markah yang besar dari 2 markah ke 4 markah.

Lorekkan. Arahan yang mudah. Calon hanya perlu melorekkan gambar rajah mengikut maklumat yang diberikan. Biasanya soalan begini membawa 1 markah ke 2 markah.

2. Fahamkan kehendak soalan

Siapa nama kamu?

Hakim. Tapi masih ada juga murid yang memberikan nama ayah ataupun ibu mereka. Inilah perumpamaannya.

Isunya adalah murid tidak memahami kehendak soalan.

Dimintakan pecahan yang mewakili kawasan tidak berlorek, tetapi murid memberikan jawapan bagi kawasan yang berlorek.

Rugi!

Calon tahu. Tapi kecuaian menyebabkan mereka kehilangan markah.

3. Menghafal jadual penukaran unit
Jadual penukaran unit ini akan sangat membantu. Bukan sahaja mencuri markah dalam ujian, tapi dapat menjimatkan masa.

Betul. Subjek Matematik memerlukan jalan kira dan bukti pengiraan.

Contohnya, 1/2 jam = 30 minit.

Adakah ianya memerlukan jalan kira? Tidak. Penanda beranggapan bahawa calon tahu akan perkaitannya. Maka, tidak ada sebarang masalah di sini.

4. Memilih operasi yang betul

Masalah besar calon adalah mereka tidak memahami konteks dan kehendak soalan.

Jika murid dapat memahami konteks soalan, murid akan dapat memilih operasi yang betul. Secara tak langsung, untuk soalan yang melibatkan 2 jalan kerja, sekurangnya calon dapat markah pada 1 jalan kerja.

Terutamanya buat calon yang lemah dan sederhana penguasaannya dalam matematik.

Mudah kata, jika soalan KBAT itu membawa 4 markah, paling kurang calon boleh dapat sekurangnya 2 markah dengan mudah. Jangan hilang kesemuanya.

Begitulah.

Walaupun jawapannya akhirnya salah, tapi proses pengiraan dan jalan kerja akan membantu murid untuk mencuri markah.

Tak apa. Mencuri yang ini memang tak salah. Tak berdosa.

Macam saya curi hati awak lah.

#tipsmatematik

#UPSR2019

Sumber: Facebook Mohamad Hakim