Setiap guru pastinya memiliki pelbagai jenis kasut untuk dipakai ketika ke sekolah.

Kasut-kasut ini pula tentunya terdiri daripada pelbagai jenama yang berada di pasaran.

Dalam pemakaian aksesori utama tersebut, tahukah cikgu-cikgu tentang teknik menjaga kasut bagi mengelakkan mudah rosak, lusuh, koyak dan sebagainya.

Di sini ada tiga teknik mudah untuk guru-guru praktikkan agar kasut yang mereka pakai itu, tahan lama dan tidak mudah rosak.  

Ini tipnya

1) Basuh/Lap Seminggu Sekali

Kebanyakan orang akan membiarkan kasut yang kotor sehingga kering, lagi-lagi selepas kena hujan. Jangan selalu buat! Sebabnya tindakan ini sebenarnya menyukarkan kita untuk membersihkan kasut tersebut.

Walaupun anda telah menyembur cecair kalis air atau sneaker yang materialnya kulit, bahagian tali dan jahitan kasut tetap boleh menyerap air dan kotoran.

Ini boleh menyebabkan kasut kesayangan itu berubah warna. Jadi, anda dinasihatkan untuk basuh atau lap kasut tersebut sekurang kurangnya seminggu sekali menggunakan tisu basah ataupun kain lembab.

2) Gunakan Semburan Kalis Air

Semburan kalis air sangat berguna jika cikgu-cikgu keluar atau ke tempat kerja seperti sekolah. Lagi-lagi jika menaiki motorsikal dan material kasut adalah kain. Material seperti suede atau nubuck memang mudah untuk menyerap air dan kotoran.

Jadi, adalah tindakan yang bijak sekiranya guru-guru menyembur kasut dengan semburan kalis air. Sekurang-kurangnya tidak cepat kotor.

Untuk hasil yang lebih memuaskan, sembur dan tinggalkan semalaman supaya ianya betul-betul kering. Ulangi langkah ini dua hingga tiga lapisan.

3) Simpan Kasut Dalam Kotak

Mesti ramai yang tersilap langkah bukan? Kotak kasut tersebut jangan dibuang, sebaliknya boleh digunakan untuk menyimpan kasut.

Jika anda tinggalkan kasut di rak, ia hanya mengumpul debu dalam setiap kedutan dan rekahan kasut. Melainkan anda rajin untuk lap semua kasut setiap hari.

Kotoran yang melekat pada rekahan dan kedutan kasut ini sebenarnya mempercepatkan kasut ini untuk rosak.

Cara terbaik, simpan dalam kotak dan pastikan ia bertutup dengan betul. Tapi, sebelum simpan, pastikan kasut tersebut adalah kering.

Sumber: Portal Rileklah.com

Artikel menarik

Penjagaan suara kalangan guru-guru, ini tip penting yang perlu dititikberatkan

Elak perasaan takut, malu berbahasa Inggeris, Adibah Noor kongsi cara atasinya!