Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Suria Perdana, Batu Pahat Johor, Cikgu Mohd Zazali Mohamad Zin memberi pandangannya berkaitan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), baru-baru ini.

Beliau yang merupakan guru bagi subjek Tasawwur Islam & Pendidikan Islam dan Penggubal DSKP Tasawwur Islam Tingkatan 4 & 5 berkata, ada beberapa perkara yang perlu dibaca dan difahami dengan baik.

"Mohon semak beberapa perkara," katanya.

Mari kita tengok, apa pandangan Cikgu Mohd Zazali terhadap Manual PdPR seperti dipetik menerusi facebooknya, baru-baru ini.

**********

- Manual PdPR -

Baca dan fahami dengan baik. Semak beberapa perkara. Contohnya:

1) Keupayaan / kemampuan pelajar

2) Kemampuan ibu bapa

3) Capaian internet

4) Kenderaan pelajar atau ibu bapa / jarak rumah dengan sekolah.

5) Peranti yang dimiliki.

6) Kesesuaian masa

7) Impak gadget atau peranti kepada kesihatan pelajar.

8) Pendedahan cara penggunaannya

9) Penglibatan pelajar.

Kalau nak pelajar guna Google Classroom, pastikan kita bagi pelajar dan ibu bapa ruang. Sebab kalau kita terus bagi modul, maka kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan jadi gajah putih.

Sebab itu untuk dapatkan penglibatan pelajar, kita kena analisis perkara asas tu dahulu. Barulah kita boleh dapatkan penglibatan pelajar sebaiknya.

Pembelajaran bukan hanya berlaku atas talian sahaja (on-line). Ia juga boleh berlaku dengan kepelbagaian medium. Jangan sempitkan keluasan pembelajaran tu. Nanti jumud jadinya.

Kalau kita harap pelajar gunakan kemudahan Google Classroom, maka beri mereka cuba jaya mengenai penggunaannya. Cara log in, cara cari kelas, cara dapatkan code kelas, cara untuk dapatkan link atau pautannya. Semua ni perlukan masa.

Kadang-kadang pelajar atau ibu bapa dah sign in Gmail atau Google guna akaun mereka sendiri / peribadi. Tapi mereka lupa bahawa anak-anak telah dibekalkan emel untuk kegunaan pembelajaran. Akaun ni disediakan oleh pihak KPM. Tu yang kadang-kadang pelajar tidak boleh sign in dalam Google Classroom.

Pembelajaran juga berlaku jika pelajar dibekalkan modul. Kembangkan lagi konteks modul tu. Atau pelajar diminta buat catatan ringkas atau portfolio atau juga projek tertentu.

Contoh projek solat berjemaah waktu Maghrib dalam kalangan ahli keluarga. Buat catatan ringkas mengenainya sama ada pengalaman, tatacara, masalah, cadangan mengatasi. Contoh giliran imam, muazin, tazkirah senafas. Kan tu lebih menepati situasi sebenar?

Tu baru kita panggil Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Sediakan pengalaman sebenar supaya pelajar dapat selesaikan masalah yang timbul.

Pembelajaran tu luas. Kita sebagai guru yang kena sediakan persekitaran yang sesuai ikut situasi pelajar kita. Expert Judgement tu di buat oleh guru sendiri.

Kalau kita sempitkan, contoh pembelajaran hanya berlaku bila pelajar siapkan modul atau latihan atau lembaran kerja yang kita sediakan. Kalau dia meniru? Apakah pembelajaran berlaku dengan efektif?

Gunakan semua media atau bahan sebaiknya. Kreatifkan pelajar dalam membuat keputusan. Itulah dia kelangsungan pendidikan pada era kini.

Sumber: Facebook Mohd Zazali Zaliasma

Artikel menarik

Guru-guru boleh rujuk Manual PdPR ini dalam tempoh PKPB/PKPD

Realiti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa PKPB: Ini yang perlu kita tahu

Antara ciri-ciri pentadbir yang diinginkan guru-guru di Malaysia...Ini senarainya