Bergelar guru sememangnya perlu berdepan dengan pelbagai cabaran.

Selain cabaran pendidikan dalam talian, pendidik juga perlu berhadapan dengan soal bagaimana mahu menjadikan murid yang kreatif.

Seperti kata Guru Cemerlang Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Kedah, Norhailmi Abdul Mutalib...

“Cabaran paling utama menjadi guru kreatif adalah bukan hanya menjalankan aktiviti yang unik dan tersendiri, tetapi yang lebih penting adalah usaha untuk menjadikan muridnya juga seorang yang kreatif.

“Murid dilibatkan dan bukan hanya sekadar sebagai prop guru semata-mata!,” katanya seperti dipetik menerusi laman blognya, Cikgu Hailmi.

Terdahulu, Cikgu Hailmi merupakan guru yang sangat dikenali di Malaysia dalam kalangan warga pendidik.

Beliau pernah diangkat sebagai Naib Johan Adiwira PAK-21 menerusi Pertandingan Kempen Guru PAK-21 anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Unit Pelaksanaan Prestasi Pendidikan (PADU).

Cikgu Hailmi juga pernah dipilih sebagai Guru Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017 dan juga beberapa siri kejayaan dan anugerah hebat yang lain.

Artikel menarik

Pendekatan penting bantu huffaz kekalkan hafazan. Ustaz Ismail kongsi rahsianya

PdpC versi pedalaman Sir Rezza.. jimat masa, tenaga dan internet

Guru Cemerlang ini guna Google Form untuk pelajar jawab kuiz Perniagaan