MURIDKU, khalam katamu terukir indah tersemat di relung hati  melontarkan melodi. Pasti memecahkan damai tenteram bersama kadang nafas jerit tiada pernah sesal meniti.

Kamu tetap ingin bertempik perit setiap kali memandang mengganggu aksara kataku di dalam kelas. 

Namun ku tahu kau tidak pernah mampu membunuh suara ku,

menghapus khayal ku, menghentikan langkahku.

Hangat membakar jiwa biarpun seribu gegak-gempita dihadiahkan kerana ku tahu aku adalah  separuh jiwa hidupmu.

Rasa ini terus berdetik berjalan memintal buih gelora walau terkadang terhalang rintangan Walau kadang nafas terengah tiada pernah sesak rasa meniti menahan luka rasa.

Demi kasih yang tetap terangkai kuleburkan dalam keinginan, rangkai bersama harapan, rangkul dalam kesetiaan.

Kujadikan satu cinta kebahagiaan untuk mengharungi  samudera dunia pendidikan penuh  pancaroba maka teruskan beri peluang padaku melapangkan dada.

Pandanglah aku hembuskan nafasmu, bisikkan aku kata cintamu. Dirimu muzik terindah hidupku, suaramu bersyair laguku yang terus tersemat erat di sanubari  menjadi kasih sayang yang terangkai dan tetap tersirat di sanubari kemilau cintamu tiada pernah pudar, bergelora dalam jiwa, tetap bersinar seiring terbitnya mentari pagi yang harum subur mekar mewangi dalam dakapan kenangan.

Muridku, maka izinkan cikgu mengatakan bahawa  kamu dibimbing mengenal setia patuhi disiplin,  menjadi pewaris pemegang panji generasi bervisi.

Di dadamu  ada menggunung dengan cita-cita besar. Kamu dididik mengenal diri, budi disanjung tinggi, jasa dikenang, tidak bongkak lupa diri tidak hanyut  dilambung bangga.

Maka hadiahkan kami para guru sebuah cinta luhur, mengenal harga diri menjadi insan-insan  murni, bintang gemerlapan dunia pendidikan yang tidak akan pupus ditelan zaman berzaman.

AHMAD SAFARMAN DOLLAH

Guru Penyelaras Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kenering Gerik, Perak

Artikel Menarik:

'Syafiqah, maafkan cikgu. Andai waktu boleh diputar... - Cikgu Koreayati luah kekesalan

Jauhi aura negatif di tempat kerja, guru ini dedah tiga tip yang boleh anda cuba...

Cikgu boleh amal tujuh tip ini untuk jadi guru yang disukai pelajar

150 guru terpilih Program Duta Guru - Selepas ini bahan PdPC lebih menariklah