SEDIKIT wang dihulurkan oleh guru kepada seorang murid apabila mengetahui dia tiada wang untuk membeli makanan di kantin.

Kemudian, dihulurkan lagi beberapa keping wang kertas RM1 kepada murid lain yang ingin membeli alat tulis di kedai buku sekolah.

Keesokan dan hari-hari seterusnya, guru-guru ini akan menghulurkan sedikit sumbangan tanpa mengharapkan balasan.

Bagi mereka...apa yang dilakukan itu sebagai tanda kasih sayang seorang guru kepada murid dan sekolah.

Menerusi facebook Alumni SMK PALOH Gua Musang baru-baru ini, ramai warganet melahirkan rasa sebak. Rupa-rupanya terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka tanpa kita sedari. Sungguh mulianya hatimu cikgu.

Ikuti perkongsian itu menerusi artikel di bawah. Moga-moga apa yang dicatatkan membawa manfaat kepada semua.

**********

Cikgu ni ada banyak kategori. Maksud aku dari segi penggunaan duit gaji dia untuk sekolah.

Ada cikgu suka guna duit gaji dia untuk hias kelas. Beli macam-macam. Upah orang cat. Paksa toklaki panjat meja, nak ketuk paku dan sebagainya. Sampai ke malam dia duk sekolah. Berumah tangga kat situ.

Ada cikgu suka guna duit gaji untuk belanja murid makan, termasuk bagi duit belanja makan kat kantin waktu rehat or bagi duit untuk beli pensil kat kedai buku.

Ada cikgu suka guna duit gaji dia untuk beli barang-barang yang boleh dia guna untuk mantapkan lagi PdPc dia dalam kelas. Beli projektor, beli mesin laminate, beli gajet-gajet berkaitan, screen beam la, visualizer hape la. Harga ratus-ratus, ribu-ribu tuuu...Dengan extension wire dan macam-macam lagilah. Berpikul-pikul beg dia angkut naik tingkat empat.

Ada cikgu suka beli bahan untuk mengajar seperti sayur-sayuran time ajar pasal makanan misalnya. Beli plastik laminate, print bahan dan buat la deco-deco apa-apa untuk dijadikan BBM. Ada siap masakkan makanan lagi.

Ada yang guna duit gaji dia untuk support makan minum tambahan pasukan dia time bertanding kat luar. Kos buat jersy la, air 100+ la, beli stoking extra laa...

Ada yang guna duit gaji dia untuk hias pentas time jadi AJK hias pentas untuk majlis.

Ada yang tambah duit PIBG untuk bagi cukup kos makanan anak murid.

Ada cikgu guna duit gaji dia untuk pergi join kelas IT la, kelas buat BBM la, kelas bertukanglah secara sukarela, hanya untuk tambah ilmu supaya dapat ajar anak murid dengan lebih baik.

Ada yang sukarela support kos pasang PA system sekolah sebab kesian tengok, bila guna mic asyik terputus-putus suara.

Ada cikgu yang tak kisah duit minyak kereta, masa dan tenaga tolong hantar anak murid yang dok tunggu mak ayah tak sampai-sampai atau tertinggal bas sekolah. Hari dah nak maghrib.

Ada jugak cikgu yang tak pakai duit gaji dia untuk hal sekolah sangat, tapi habih segala barang yang dia ada kat rumah dia angkut untuk diguna pakai kat sekolah. Punyalah dia nak jayakan aktiviti sekolah tu. Pokok rumah dia, segala periuk belanga, mangkuk tingkat, bunga...Apa sahajalah. You name it! Dia hangkut bawa sekolah.

Ada juga cikgu yang duit sendiri dia hulur, duit toklaki, sedara-mara dia pun dia hulur sekali sebab nak tolong anak murid yang betul-betul susah. Dia promote sana sini supaya dia dapat maksimakan lagi sumbangan.

Ada jugak cikgu yang tak cukup duit dan tenaga sendiri, dia pakai kabel laki dia pulak. Toklaki bomba, dia suruh tolong-tolong sekolah dia apa yang patut. Dia mudahkan urusan sekolah. Ish! Ish!

Saya tambah lagi satu jenis cikgu, cikgu yang kena tanggung tugas warden. Kita tak pernah terlintas apa beban yang dia kena tanggung. Credit / data handphone dia nak call waris budak, kos dia bawa pelajar ke klinik, kadang dia kena bayar dulu kos rawatan atau keperluan lain daaaann juga kos harta benda dia yang anak korang rosakkan.

Ada banyak jenis cikgu. Jarang saya jumpa yang langsung tak nak menyumbang. Masing-masing menyumbang dengan cara sendiri. Diam-diam. Perlu ke mereka heboh dan viralkan satu negara? Mereka tak kisah lah orang tahu ke tidak. Tapi jangan korang cop depa makan duit budak jer. Marah betul diaorang nanti.

Jadi, korang yang nak kutuk cikgu begitu begini tu, fikir balik. Berapa banyak duit gaji korang guna untuk orang lain secara konsisten sepanjang tahun? Tu tak termasuk duit yang di kumpul di kalangan cikgu-cikgu untuk anak murid yang ditimpa malang...Mmm...

Sayang semua yang bergelar ustazah, ustaz, cikgu, teacher, madam.

Sumber: Facebook Alumni SMK PALOH Gua Musang

Artikel Menarik:

13 saranan terbaik Cikgu Syahid untuk pelajar yang sedang tunggu keputusan SPM

Surat terbuka guru buat ibu bapa yang bakal hantar anak ke tadika

Walaupun mengajar bahasa Melayu tetapi inovasi Matematik cikgu ini buat murid cepat pandai

'Ni tandas sekolah ke tandas hotel?' - Patutlah terpilih ke peringkat kebangsaan, tahniah SMKA Miri