KASIH sayang adalah suatu sikap saling menghormati dan mengasihi semua ciptaan Tuhan, termasuk menyayangi diri sendiri berlandaskan hati nurani  yang luhur.

Kita sebagai warga negara yang baik sudah sepatutnya berusaha memupuk rasa kasih sayang terhadap orang lain tanpa  membezakan saudara , suku, ras, golongan, warna kulit, kedudukan sosial, jenis kelamin, dan tua atau muda.

Di sekolah pelajar seharusnya menyemai nilai kasih sayang, saling menghormati dan  menekankan aspek nilai dalam persahabatan.

Ini dapat menyumbang persekitaran  yang positif, tenang dan selamat. Persahabatan yang didasarkan dengan keikhlasan, dan kejujuran akan memberi kesan yang besar dalam persahabatan.

“Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak mencari sahabat dan orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dimilikinya.”

Berkawanlah dengan ikhlas kerana jika ada keikhlasan kita pasti dapat menerima kelebihan dan kekurangannya dengan hati terbuka. Jika berlaku perbalahan, jadilah sahabat yang mengalah untuk mengelakkan permusuhan.

Selain itu letakkan kepercayaan kepada kawan dalam persahabatan jangan  mendengar cakap pihak ketiga yang mungkin ingin memusnahkan persahabatan kita.

Persahabatan yang didasarkan dengan keikhlasan dan kejujuran akan menjadi hidup kita sangat bermakna. 

Sahabat yang baik adalah sahabat yang bersama kita di saat kita susah dan sedih bukan sahaja ketika kita senang.

Hargailah sahabat kita, pasti hidup kita bermakna.

CIKGU NORAFIZAH ABDUL RAZAK

Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media SK Kampung Baharu, Jerantut, Pahang.

ARTIKEL MENARIK:

“Kenapa tak nak pergi sekolah?”- Guru prihatin, pujuk murid nangis terus sauk bawa ke kelas

Suara macam artis, memang padu cikgu Muzik ni nyanyi lagu ‘Sumpah’ dalam kelas

Majlis kahwin Cikgu Samuel ‘gempak’, tak sangka 100 murid orang asli sanggup datang buat kejutan