MAK ayah, jangan lupa sekali sekala semak buku sekolah anak...bukan sekadar bertanya "kerja sekolah ada?”...alamatnya jawapan anak pun simple “tak ada”

Yang remaja lagi la kena pantau. Jika beg tu nipis je, bawa-bawa lah semak apa isinya...kot-kot dia tapau satu buku untuk semua subjek.

Buat spot check buku sekolah sekali sekala, akan buat pelajar sentiasa peka dan lebih fokus dalam kelas...ibu bapa kena bekerjasama dengan guru...bebelkan sahaja anakmu jika nampak kerja tak siap.

Jika ada guru tak tanda buku, jangan terus serkap jarang guru tak buat kerja. Jika boleh, rujuk mana-mana guru dan dapatkan nombor phone guru subjek tersebut.

Tanya dengan jelas kenapa buku anak tak di tanda. Kadang-kadang bukan sebab guru tak tanda buku, tapi anak-anak sering tak hantar buku...asyik tak siap jer kerja sekolah atau asyik TERLUPA JE (alasan yang selalu didengar).

Nak lagi bagus, mak ayah yang semak buku anak, tandatangan buku latihan anak-anak (bukan tandakan latihan tu ye... just tandatangan sebagai buku disemak oleh ibu bapa)...jadi anak-anak sentiasa lihat tandatangan tu. Tulis je apa-apa komen kat buku tu...kata-kata motivasi ke...

Mana tahu time guru tanda buku, di baca sekali komen mak ayah...jadi guru tahu mak ayah juga pantau buku anak-anak dekat rumah.

- Sumber: Facebook Maizatul Azliah

Maizatul Azliah Rusli merupakan Ketua Guru Disiplin SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya

Tip menarik:

Hadam amalan ini...sangat penting buat calon UPSR, mak ayah dan juga guru Tahun Enam

UPSR: Ustaz Hasrul anjur baca dua surah ini, buat anak yang sedang menghadapi peperiksaan

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan