GURU ni serba boleh. Dari mengajar subjek, kadang kala boleh jadi mekanik baiki generator sekolah.

Guru ni juga boleh membuat inovasi dan juga dekorasi. Begitulah hebatnya guru yang boleh dianggap multitasking.

Melihat kesungguhan Cikgu Hasmi dari SMK Pakan, Sarikei menghiasi kelasnya sehingga menjadi begitu cantik seperti dalam istana begitu mengujakan sesiapa yang melihat.

Kelas yang dihias dengan warna hitam dan kuning itu turut dilengkapi dengan lampu chandelier dan cermin antik seolah-olah anak-anak ini belajar di istana Inggeris seperti yang dilihat dalam babak HARRY PORTER.

Pastinya pelajar akan berasa bersemangat bila belajar di kelas ini.

Guru-guru juga pasti berasa gembira di kelas ini.

Tahniah kepada Cikgu Hamsi di SMK Pakan. Terbaik SMK Pakan, Sarikei Sarawak.

Sumber: Blog Cikgu Emmet Menulis

Artikel Menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

"Balik oi balik...."- Aksi Che Tam hambat kerbau, curi perhatian

Sedapnya suara, syair Cikgu Azizah raih lebih 400 ribu tontonan

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Cantiknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong