MAK ayah, jangan lupa sekali sekala semak buku sekolah anak...bukan sekadar bertanya "kerja sekolah ada?”...alamatnya jawapan anak pun simple “tak ada”

Yang remaja lagi la kena pantau. Jika beg tu nipis je, bawa-bawa lah semak apa isinya... kot-kot dia tapau satu buku untuk semua subjek.

Buat spot check buku sekolah sekali sekala, akan buat pelajar sentiasa peka dan lebih fokus dalam kelas...ibu bapa kena bekerjasama dengan guru...bebelkan sahaja anakmu jika nampak kerja tak siap.

Jika ada guru tak tanda buku, jangan terus serkap jarang guru tak buat kerja. Jika boleh, rujuk mana-mana guru dan dapatkan nombor phone guru subjek tersebut.

Tanya dengan jelas kenapa buku anak tak di tanda. Kadang-kadang bukan sebab guru tak tanda buku, tapi anak-anak sering tak hantar buku...asyik tak siap jer kerja sekolah atau asyik TERLUPA JE (alasan yang selalu didengar).

Nak lagi bagus, mak ayah yang semak buku anak, tanda tangan buku latihan anak-anak (bukan tandakan latihan tu ye... just tandatangan sebagai buku disemak oleh ibu bapa)...jadi anak-anak sentiasa lihat tandatangan tu. Tulis je apa-apa komen kat buku tu...kata-kata motivasi ke...

Mana tahu time guru tanda buku, di baca sekali komen mak ayah...jadi guru tahu mak ayah juga pantau buku anak-anak dekat rumah.


Sekian

Cikgu Maizatul

Kajang

#iLoveMyJob

 

- Sumber: Facebook Maizatul Azliah

Maizatul Azliah Rusli merupakan Ketua Guru Disiplin SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya

ARTIKEL MENARIK:

Fenomena beyblade, ini kata Cikgu Ashikin tentang permainan yang makin popular kalangan kanak-kanak

Persediaan awal UPSR 2019..mak ayah mesti pastikan anak-anak tahun 6 wajib tahu perkara ini

Hadif masih belum pandai membaca walau sudah hantar kelas intensif..ibu muda ini kongsi sebabnya

Ini cara didik anak urus wang, dari pra sekolah, sekolah rendah dan remaja - Info lengkap dari AKPK