PENTING ke anak-anak buat persembahan? Penting ke anak-anak ada hari graduasi?

Ibu bapa dan guru mesti faham ini.

Hari graduasi dan persembahan anak-anak bukan mahu iktiraf anak-anak pandai akademik.

Bukan itu.

Hari bermakna ini adalah:

1) Hari gembira bagi meraikan kejayaan anak-anak yang telah berjaya selama setahun mengendali emosi mereka yang berpisah dengan mak ayah yang bekerja dan mereka berada di sekolah. Meraikan anak-anak kerana pandai bergaul, tunggu giliran, berkongsi, bersabar, menyusun kasut, meletakkan bekas makanan di tempatnya, menjaga kebersihan tandas dan banyak lagi.

2) Hari bermakna ini bagi melatih keberanian mereka berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Mereka mengatasi rasa takut dan belajar untuk berinteraksi dengan orang ramai.

3) Hari bermakna ini telah mengajar mereka untuk berakhlak baik sepanjang latihan dan hari kejadian. Mereka juga belajar tentang disiplin masa dan peraturan berkumpulan. Mereka belajar dengar arahan, hormat guru dan kawan, tunggu giliran, berbaris dan sebagainya.

4) Hari bermakna ini telah mengajar mereka beratus kosa kata yang baru. Mereka dilatih dengan skil mendengar dan memperkayakan lagi bahasa mereka.

5) Hari yang indah ini adalah hari anak-anak membuat persembahan tanpa seorang pun ditinggalkan. Semua mempunyai peranan, langkah pergerakan mahu pun skrip.

Tiada istilah kita meraikan anak-anak yang bijak akademik sahaja. Semua anak adalah bijak. Dan semua anak layak diraikan dan diiktiraf di atas kejayaan mereka.

Ia juga adalah penghargaan kepada ibu bapa yang setahun berkorban masa, tenaga dan wang untuk anak mereka.

Happy Teachers - Happy Children - Happy Parents

Ashikin Hashim

Genius Aulad Saujana Utama

Sumber: Telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim

Artikel Menarik:

Semakan keputusan UPSR dan PASR, 21 November ini

'Perlu tegas dan serius' - Ini nasihat guru otai buat mereka yang bakal bergelar cikgu

Guru ini kongsi enam tip untuk mak ayah buat ketika hadir hari orientasi anak-anak