UPSR minggu depan sahaja lagi, apa yang kita sebagai ibu bapa perlu lakukan?

1. Bertenang, bertenang dan bertenang. Makan jangan tak makan pulak.

2. Beli kelengkapan peperiksaan yang lengkap. Baju sekolah pakai sahaja yang lama, yang sedia ada. Ada keberkatan sendiri pada pakaian itu.

3. Semak alat tulis. Pastikan pensil kayu, pemadam, pengasah, pembaris dan protaktor ada. Pensil kayu wajib 2B. Pemadam, beli yang berkualiti.

4. Pastikan anak kita tidak stress. Termasuk juga diri kita sebagai ibu bapa. Lepas kelas atau hari minggu, bawa lah anak bershopping dan makan makanan yang sedap-sedap. Berbual santai dengan mereka. Bina bonding sambil berikan mereka motivasi.

5. Kurangkan marah pada mereka. Risau last-last minit ni mereka buat ‘ceroi’ pulak. Habis usaha mereka selama ini. Cuma pastikan mereka berada pada direction yang betul pun dah cukup.

6. Tak perlu nak pecut sangat dah. Bagi saya sekarang adalah masa untuk santai-santai sahaja. Kukuhkan juga hafalan formula, sifir dan tunjuk nota-nota yang cikgu di sekolah dan saya kongsikan di FB.

7. Pesan pada anak-anak supaya jaga hati guru-guru di sekolah. Berbaki beberapa hari sahaja lagi ni, jangan lakukan perkara yang boleh membuatkan cikgu mengamuk dan mengeluarkan kata-kata yang negatif. Kata-kata itu satu doa.

8. Berhubung dan ucapkan lah terima kasih pada guru-guru anak kalian. Semua guru termasuklah guru pra sekolah hingga guru Tahun Enam. Lagi bagus jika berterima kasih pada mak cik kantin, mak cik cleaner, pak guard dan semua warga sekolah. Kan lebih baik jika lebih ramai yang mendoakan.

9. Banyakkan berdoa dan berikan motivasi. Saat-saat akhir begini, memang anak-anak kalian perlukan kalian sebagai ibu bapa.

10. Jaga kesihatan dan emosi mereka.

11. Simpan gadget anak-anak.

12. Jaga solat dan banyakkan bersedekah.

13. Follow rapat saya. Nanti saya akan kongsikan cara dan tip menjawab peperiksaan dalam sehari dua lagi.

Saya doakan semoga berjaya buat semua calon UPSR 2019. Insya-Allah dipermudahkan urusan dan mendapat keputusan yang cemerlang sejajar dengan usaha yang telah dilakukan.

Good luck. Chayo!

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

- Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor merupakan Guru Matematik Sekolah Kebangsaan SLDB No.1, Mukah Sarawak.

Tip menarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Hafal fakta 'buruj' Sains (Kertas 2) UPSR - 11 nota mudah dan contoh soalan untuk calon ulang kaji

Cikgu Mohamad Safuan kongsi 18 fakta penting persoalan tentang Bumi dan Sains Angkasa KSSR