PENGGUNAAN peralatan ICT di dalam kelas, banyak membantu PdPc guru. Ia bukan sekadar satu kemudahan tetapi turut memberi keterujaan kepada semua murid.

Cikgu Herryan Syah Tupan Surian yang sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai berkata, ketepatan memilih peralatan ICT, banyak membantu guru berkenaan.

"Misalnya beberapa sekolah SJKC di Kulai yang kini telah pun dilengkapi dengan kemudahan Smartboard.

"Kelengkapan sebegini memakan belanja yang besar tetapi banyak memudahkan PdPc guru. Bagaimanapun terdapat cabaran dan peluang yang perlu diteliti dalam menjalankan PdPc menggunakan kemudahan Smartboard," katanya kepada GPS Bestari.

Beliau yang kini menjawat jawatan sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+) di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai bersedia menerangkan kemudahan Smartboard kepada semua.

Perkongsian yang dibuat bersama dua guru iaitu Cikgu Hafiz Al-Azim dan Cikgu Er Pei Ting dari SJKC Senai, dapatlah membantu mana-mana guru yang berkeinginan untuk menggunakan Smartboard kelak.   

Apakah itu Smartboard

Satu kelengkapan ICT bersaiz besar yang mempunyai fungsi ‘touch screen’. Di samping itu, papan ini boleh di sambung ke internet dan mempunyai fungsi mengeluarkan audio. Sesetengah sekolah memilih menggunakan smartboard yang dilengkapi dengan bahan buku teks beserta aktiviti-aktiviti interaktif tambahan.

Antara kelebihan Smartboard ini

1) Memudahkan tugas guru menyediakan bahan pembelajaran kerana boleh akses terus ke internet bagi mendapatkan gambar, audio, video, maklumat dan sebagainya.

2) Menyediakan paparan yang besar tanpa perlu menggunakan LCD projector.

3) Murid boleh berinteraksi dan tuliskan jawapan, match, choose terus ke Smartboard.

4) Kebanyakan Smartboard dilengkapi dengan alat visualizer (ala-ala scanner) yang boleh paparkan hasil kerja murid. Cikgu boleh tulis nota dan annotate jawapan.

5) Pada waktu senggang, ketua kelas atau murid yang dilantik boleh paparkan nota atau petikan untuk murid baca sementara guru sampai ke kelas.

6) Tidak perlu risau lagi untuk guru menggunakan/menyediakan terlalu banyak peranti sendiri.

Dalam kelebihan-kelebihan ini, terdapat pelbagai cabaran.

Kadang-kadang ada sesetengah Smartboard tidak dapat akses wifi internet kerana lokasi router yang agak jauh. Ada kalanya juga kelajuan internet itu rendah jadi sukar hendak tunjukkan sebarang sumber dari internet (Cikgu Hafiz Al-Azim)

Di sini terdapat beberapa langkah penyelesaian

1) Sediakan back up plan dengan bahan dalam bentuk maujud. Malah lebih baik. Jika tidak, guru cuba untuk menyediakan hatta sehelai kertas agar PdPc masih berjalan dengan BBM ‘last minute’ jika kemudahan ICT gagal berfungsi.

2) Cikgu standby untuk ‘tether internet’ agar boleh akses internet bila ada keperluan.

3) Kuasai bahan-bahan tambahan dalam bahan buku teks yang telah tersedia.

4) Mengolah fungsi smartboard sebagai ‘digital ink’ dengan sumber pembelajaran menggunakan peranti atau bahan yang lain.

Pembelajaran menjadi bosan kerana paparan di skrin hanya digunakan untuk menunjukkan bahan dan bertanya dengan murid apa yang mereka nampak. Masih student-centered dan murid tidak memberi tumpuan walaupun Smartboard itu mempunyai paparan interaktif (Cikgu Er Pei Ting).

Untuk mengatasi isu ini, beberapa pendekatan perlu diambil untuk penglibatan murid aktif.

1) Murid yang akan tentukan apa yang mereka ingin tahu. Oleh itu, guru bertanya kepada murid apa yang tidak mereka tahu, dan guru akan bantu murid akses ke laman-laman tertentu untuk mencari jawapan.

2) Murid mempunyai peluang, menyentuh skrin untuk menaip, memilih, melakar, menulis jawapan di skrin untuk menunjukkan jawapan mereka.

3) Murid yang berbincang dan memilih jawapan, menentukan jawapan dalam paparan visualizer.

4) Beberapa aplikasi boleh di integrasikan ke paparan skrin untuk murid menjalankan aktiviti mengikut keperluan mereka. Contoh Decision Roulette daripada smartphone.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian ringkas daripada saya, Cikgu Hafiz Al Azim dan Cikgu Er Pei Ting.

Semoga bermanfaat dan terus memperkasakan PAK21 dengan teknologi digital.

Cikgu Herryan Syah (kanan) berharap semua guru-guru dapat memperkasakan PAK21 dengan teknologi digital.

Sumber: Blog mudah mengajar

Artikel Menarik:

Cikgu Fadli kongsikan 10 pesanan buat ibu bapa dan calon UPSR

'Apapun keputusan yang anak dapat dalam UPSR, peluklah dia' - Cikgu Zyd

'Mohon jaga tutur kata, usap kepala anak dan berdoalah'- Pesan cikgu Emmet

Dr Kamilin kongsi enam sebab, anak perlu hafal al-Quran