SOROTAN 2018

 

1.7 Jun 2018

H: Menteri Pendidikan umum hadiah hari raya buat guru

Putrajaya - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pemberhentian serta merta audit SKPMG2 agar guru dapat memberi tumpuan kepada proses pengajaran di dalam kelas sepenuhnya.

Berita ini mendapat bacaan, tanda suka dan kongsi paling tinggi di portal GPS Bestari.com.

Jumlah keseluruhan bacaan mengikut Google Analytic sejak berita ini dimuat naik mencecah 165, 047 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.

Berita ini turut dikongsi di pelbagai platform seperti facebook, twitter dan instagram GPS Bestari.

Berita ini turut disiarkan di Sinar Harian.

 

2.19 November

H: Bermula tahun depan.. tiada kelas paling pandai, tiada lagi kelas hujung

Semua sekolah diminta supaya tidak mengamalkan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula tahun hadapan.

Walaupun berita ini baharu dimuat naik di portal GPS Bestari.com, iaitu pada 19 November lalu tetapi bacaannya mencecah 153,768 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.

Bermula daripada cetusan pendapat seorang guru, GPS Bestari.com memuat naik berita ini dan mendapat pelbagai komen daripada pelbagai pihak.

Berita hanya dimuatkan di portal GPS Bestari.com sahaja.

3.17 Mei

H: Tun M sah Menteri Pendidikan

Sebaik berjaya menerajui tampuk kepimpinan Tun M mengumumkan beliau akan mengisi satu lagi portfolio sebagai Menteri Pendidikan ketika mempengerusikan sidang media selepas mesyuarat pertama Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Bagaimanapun atas sebab tertentu jawatan itu kemudiannya diserahkan kepada Dr Maszlee Malik.

Sejak dimuatnaik di portak GPS Bestari.com berita ini mendapat bacaan 149,400 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.

Berita ini turut dikongsi di pelbagai platform GPS Bestari seperti facebook, twitter dan instagram dan mendapat banyak komen daripada pelbagai pihak.

4.10 Oktober

H: Kini keluarga pelajar mangsa lemas pula ‘diganggu’ hantu lombong

Kisah calon SPM mati lemas, Muhammad Ilham Fahmy Mohd Azzam dalam lombong di Putra Perdana, Puchong yang turut mengorbankan nyawa enam anggota bomba ternyata menjadi bualan masyarakat.

Ini sebab belum pernah terjadi dalam sejarah begitu banyak nyawa yang hilang ketika operasi penyelamatan dilakukan.

Beberapa gambar yang diambil, menunjukkan adanya unsur lain dengan jelas pada gambar tersebut.

Berita ini mendapat bacaan 144,193 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.

Misteri yang masih belum terjawab hingga kini turut turut membuatkan berita ini dikongsi di pelbagai platform.

 

5.6 April

H: Ini dia jumlah kenaikan gaji guru ikut tangga gaji

Jadual tangga gaji guru yang dimuat naik di portal GPS Bestari.com ini mendapat reaksi pelbagai daripada ramai pihak.

Jumlah bacaan berita ini 139,383 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.

Jumlah yang disenaraikan adalah meliputi Gred 11 hingga Gred 54.

Bagi mereka yang mula kerja di sektor kerajaan boleh cari jumlah kenaikan mengikut gred ini di www.gpsbestari.com

6.15 Februari

H: Anak sulung perempuan.. bahumu harus sekuat baja, hatimu harus setegar karang

Menjadi anak perempuan yang pertama dalam sebuah keluarga, tentunya berat tanggungjawabnya.

Selain bertindak sebagai tulang belakang keluarga, anak pertama juga lahir dengan sifat tegas dan mampu berdikari.

Sejak berita ini dimuat naik di portal GPS Bestari.com tahun lepas, ia mendapat bacaan dalam kesepuluh tertinggi dua tahun berturut-turut.

Artikel ini mendapat bacaan 138,607 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.

7.5 April

H: 55 nama sekolah paling unik di Malaysia.. No. 48 tu muridnya ramai patah balik

Negara kita yang pelbagai kaum dan bahasa berbeza membuatkan ada sesetengah sekolah mempunyai nama unik, menarik dan lucu.

Tidak hairanlah senarai yang dimuat naik di portal GPS Bestari.com ini mendapat pelbagai komen yang boleh membuatkan kita tersenyum menbacanya.

Bacaan artikel ini mencecah 111,497 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.

8.5 Julai

H: Ini berita penuh kisah 12 pelajar terperangkap dalam gua dan misi menyelamat yang sukar

Kisah 12 pelajar ini mendapat liputan meluas dari media seluruh dunia.

Berlaku di gua Tham Luang Nang Non di Chiang Rai, Thailand menjadikan sekumpulan pelajar yang merupakan pemain bola sepak remaja negara itu digelar ‘budak gua’.

Berita ini mendapat bacaan 111,434 Bacaan artikel ini mencecah 111,497 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.

Menariknya, penduduk satu dunia dari pelbagai bangsa dan agama mendoakan keselamatan mereka.

9.16 November

H: Tayang anak di laman sosial seperti facebook sengaja mahu menunjuk atau sebaliknya?

Berita ini mendapat pelbagai komen daripada ibu bapa tetapi ustaz ini menunjukkan cara bijak bagaimana hargai anak kurang bernasib baik.

Ramai yang memuji sampai artikel ini mendapat tanda suka dan kongsi yang banyak.

Bacaan bagi artikel ini sebanyak 110,896 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.

10.9 Julai

H: Ini jawapan pedas menteri di JPM mengenai saranan tutup sekolah tahfiz

Kecoh dengan usul penutupan sekolah tahfiz pada Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganggap ia tidak berasas malah boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Berita ini mendapat komen pelbagai pihak khususnya daripada pengusaha pusat tahfiz setelah dimuat naik di facebook GPS Bestari.

Selain mendapat tanda suka dan kongsi yang banyak, berita ini turut tulat di grup whatapps mudir dan ustaz.

Bacaan bagi artikel ini sebanyak 107,721 daripada keseluruhan bacaan sehingga 20 Disember, iaitu 9.6 juta kesemuanya.