SURAH al-Kahf dalam al-Quran mempunyai formula menghadapi zaman persekitaran yang tidak menentu seperti ketidakpastian, kerumitan dan kekaburan ketika ini.
Surah yang mempunyai 110 ayat itu mempunyai empat cerita utama dalam menghadapi cabaran zaman.

Ia meliputi solusi cabaran iman dengan kisah pemuda al-Kahf, cabaran harta mengisahkan dua kebun, cabaran ilmu pengetahuan menerusi Nabi Musa dan Nabi Khidir serta cabaran kekuasaan melalui kisah Zulkarnain.

Bagi mengupas surah itu, Wacana al-Kahf menampilkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad; Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Pengasas Agensi Pelancongan Arba Travel & Tours Sdn Bhd, Ammar Roslizar. Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyiaran Jakim, Mohamad Zarifi Mohamad Daud bertindak sebagai moderator.

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata, surah al-Kahf mengandungi beribu pengajaran dan panduan bagi orang Islam.

Beliau berkata, antara pengajaran itu ialah kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang diceritakan dalam surah tersebut yang diibaratkan sebagai mutiara yang cukup hebat.

“Surah al-Kahf namanya unik iaitu gua. Surah ini seolah-olah memberi maksud cukup hebat. Kalau kita sebut tentang gua ini, Islam tak boleh lari daripada gua.

“Bermula daripada Iqra’ dalam gua, hijrah pertama pun di Gua Tsur dan Perang Uhud ada kaitan dengan Gua Uhud. Gua ini digambarkan sebagai penyelamat keimanan,” katanya dalam Wacana al-Kahf di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, cabaran terbesar keilmuan pada hari ini ialah mentaliti umat Islam yang rasa cukup pandai dan tahu.

“Ini penyakit apabila dia tahu satu juzud akhirnya penyakit ini membarah dalam jiwa manusia.

“Nabi Musa pernah ditanya tentang siapa paling alim, dia sebutlah mungkin hakikat dialah paling alim di muka bumi ketika itu. Maka ALLAH menyuruh Musa belajar dengan seseorang yang diberikan ilmu,” katanya.

Beliau berkata, mafhum daripada kisah itu menunjukkan kepada kita bahawa dalam Islam, ilmu ini perlu dituntut berterusan dan tidak boleh berhenti.

Ilmu perlu dicari bermula daripada buaian hingga ke liang lahad.

“Bayangkan seorang terkenal iaitu Abu Raihan al-Biruni yang dikatakan lebih handal daripada Socrates sebagai ahli falsafah, pada usia 78 tahun dan hampir meninggal dunia, dia panggil anak muridnya untuk berbincang tentang nenek yang rosak dalam bab saka.

“Anak muridnya kata tok guru saat ini tak perlu kita bincang dah.

Lalu beliau beri pengajaran amat bermakna dengan berkata bahawa aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan Dia mengetahui, dalam keadaan aku mengetahui. Hal ini lebih baik daripada aku bertemu ALLAH dalam keadaan jahil.

Ini yang dijawab oleh guru kepada Imam Malik,” jelasnya.

Katanya, perkara kedua  umat Islam hendaklah bertanya jika tidak tahu dan jangan semberono rasa-rasa atau jangka-jangka.

Menurutnya, hakikat ilmu adalah paduan maklumat yang sahih dan jika tidak sahih itu bukan ilmu.

“Kalau nak dapat seperti itu kita kena banyak bertanya. Nabi Musa bertanya dan Nabi Khidir menjawab, tanya kepada yang lebih tahu adalah kunci kepada ilmu,” katanya.

Untuk itu, beliau berkata, kita perlu ada matlamat untuk menghayati dan mengamalkan ilmu tersebut.

Katanya, tidak munasabah orang yang tahu tapi tidak beramal dan menghayati ilmu.

“Sedangkan apabila dilakukan amalan maka kehidupan sentiasa terpimpin serta nur akan membentuk keperibadian seseorang.

“Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa turut menceritakan tentang persahabatan.

Maksudnya, salah satu cara meraih ilmu adalah dengan bersahabat. Kisah ini menunjukkan bersahabat itu penting kerana bila kita bersahabat kita kenal macam mana guru kita nak marah, cara berjalan dan cara dia beribadat.

“Sahabat ini rapat dan kita akan dapat banyak maklumat. Inilah sepatutnya kita wujudkan dalam kamus kehidupan kita,” jelasnya.

Cabaran keilmuan pada hari ini adalah ramai rasa cukup pandai dan tahu segalanya.

Ilmu perlu dituntut berterusan dan tak boleh berhenti. Hakikat ilmu adalah panduan maklumat yang sahih dan jika tidak sahih ia bukan ilmu. Salah satu cara untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bersahabat dengan mereka yang alim.

 

INFO

  • Cabaran keilmuan pada hari ini adalah ramai rasa cukup pandai dan tahu segalanya.
  • Ilmu perlu dituntut berterusan dan tak boleh berhenti.
  • Hakikat ilmu adalah panduan maklumat yang sahih dan jika tidak sahih ia bukan ilmu.
  • Salah satu cara untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bersahabat dengan mereka yang alim.

 

Ini artikel berkenaan seorang murid dedah didera ibu kandung dan kawan "Cikgu, ni parut kawan mak cucuh dengan besi panas.. hampir setiap malam saya tidur di bilik air"