PASUKAN dari Malaysia diangkat sebagai pemenang bagi Persembahan Terbaik Berkumpulan menerusi sembilan pesertanya pada Pertandingan Tarian Peringkat Antarabangsa di Korea 2019, 5 hingga 7 April lalu.

Pertandingan yang berlangsung di MAPO Art Centre Seoul, Korea itu turut disertai 300 peserta dari  Poland, Rusia, China, India, Ukraine, Taiwan, Hong Kong, Netherlands dan Korea.

Peserta Malaysia yang diwakili Kumpulan Auratari seramai tujuh orang, seorang wakil murid Sekolah Rendah Convent Bukit Nenas 1 dan peserta, Syafizal Syazlee telah mempamerkan persembahan tarian yang begitu mantap dalam pertandingan tersebut.

Malah, setiap kali mereka membuat persembahan, hadirin memberi tepukan yang gemuruh.

Malaysia telah memenangi kesemua 11 anugerah yang dipertandingkan iaitu Champion Jazz Solo Adult Male (Syafizal Syazlee); Champion Folklore Duo Adult (Syafizal Syazlee dan Zulaikha Hanny Sofeea); Champion Folklore Solo Children Male (Putra Ariel Danial Mohd Hisham); Champion Folklore Duo Children (Shah Harith Al Muqtafi [email protected] dan Putra Airel) dan Champion Folklore Duo Junior 1 Female (Abby Ellysa Md Rezuan dan Nur Adna Amalin Abdullah).

Mereka juga turut dianugerahkan Silver Folklore Solo Adult Male (Syafizal Syazlee); Silver Folklore Solo Children Male (Shah Harith); Silver Folklore Solo Junior 1 Female (Nur Adna Amalin); Bronze Folklore Duo Junior 1 Female (Nur Iman Kiasatina Harun dan Wan Nur Shafifi Elyani Wan Mohd Zin); Best Performing Group Folklore Children (Putra Ariel, Shah Harith, Nur Iman, Muhd Syazrul) dan Best Performing Group Folklore Junior 1 (Putra Ariel, Shah Harith, Nur Iman, Muhd Syazrul, Nur Adna Amalin, Wan Nur Syafifi, Abby Ellysa).

Terdahulu, pasukan Malaysia di bawah Persatuan Tarian Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Dance Organization MIDO) telah menguruskan penglibatan sembilan peserta di Seoul Grand Prix pada tarikh sama.

Pertandingan itu dianjurkan Korea International Dance Organization (KIDO) di bawah keluarga besar Pertubuhan International Dance Organization (IDO).

IDO ditubuhkan di Eropah lebih 30 tahun dahulu dan dianggotai lebih 90 negara di seluruh dunia.

Malaysia turut menghantar seorang juri profesional ke pertandingan tersebut dan Persatuan Tarian Antarabangsa Malaysia (MIDO) telah menghantar penari selebriti Malaysia iaitu Linda Jasmine Hashim sebagai Duta Besar MIDO.

Pencapaian tertinggi

Sementara itu Pengurus Pasukan, Shaharudin Mohamad berkata, Kumpulan Auratari yang dianggotai tujuh pelajar dari tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 6, Kota Damansara; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 4, Kota Damansara dan SMK Seksyen 8 Kota Damansara sangat gembira serta tidak menyangka dapat mengalahkan peserta dari negara lain.

Shaharudin

"Sangat bersyukur dan bangga atas pencapaian tersebut. Segala usaha dan pengorbanan bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil," katanya.

Sebelum pertandingan, ahli kumpulan Auratari iaitu Shah Harith Al Muqtafi, Putra Airel Danial, Nur Iman Kiasatina, Muhammad Syazrul Arif, Nur Adna Amalin, Abby Ellysa dan Wan Nur Shafifi Elyani gigih membuat latihan dan mereka benar-benar bersemangat untuk bawa pulang kejayaan buat Malaysia.

"Mereka tak kenal erti penat. Begitu juga dengan koreografer Auratari, Syazwan Razali. Beliau terus melatih tanpa lelah. Saya bangga dengan mereka," kata Shaharudin yang turut dibantu dua guru lain iaitu Nur Haili Mat Amin dan Rosneza Zainal Abidin.

Kejayaan Kumpulan Auratari juga hasil sokongan padu daripada pihak ibu bapa yang tidak pernah berputus asa memberi sokongan, pihak pentadbir, Guru Besar SK Seksyen 6, Abd Manaf Ahmad, Pengerusi PIBG, Mohd Azren Mohd Yusof,  penyumbang dana dan agensi lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Bersama Kedutaan Korea.

Anugerah yang dimenangi:

1. Champion Jazz Solo Adult Male (Syafizal Syazlee)

2. Champion Folklore Duo Adult (Syafizal Syazlee dan Zulaikha Hanny Sofeea)

3. Champion Folklore Solo Children Male (Putra Ariel Danial Mohd Hisham)

4. Champion Folklore Duo Children (Shah Harith Al Muqtafi [email protected] dan  Putra Airel)

5. Champion Folklore Duo Junior 1 Female (Abby Ellysa Md Rezuan dan Nur Adna Amalin Abdullah)

6. Silver Folklore Solo Adult Male (Syafizal Syazlee)

7. Silver Folklore Solo Children Male (Shah Harith)

8. Silver Folklore Solo Junior 1 Female (Nur Adna Amalin)

9. Bronze Folklore Duo Junior 1 Female (Nur Iman Kiasatina Harun dan Wan Nur Shafifi Elyani Wan Mohd Zin)

10. Best Performing Group Folklore Children (Putra Ariel, Shah Harith, Nur Iman, Muhd Syazrul)

11. Best Performing Group Folklore Junior 1 (Putra Ariel, Shah Harith, Nur Iman, Muhd Syazrul, Nur Adna Amalin, Wan Nur Syafifi, Abby Ellysa).

 Kumpulan Auratari meraikan kejayaan berjaya bolot lapan anugerah pada Pertandingan Tarian Peringkat Antarabangsa di Korea.

 Kumpulan Auratari di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Dari kiri: Shaharudin, Nur Haili, Rosneza dan Syazwan.

Kumpulan Auratari ketika membuat persembahan tarian zapin kontemporari.

 Masing-masing memperagakan pakaian diraja Korea.

Linda Jasmine (kanan) bersama barisan pengadil dari seluruh dunia.

 Medal yang diperoleh peserta negara pada Pertandingan Tarian Peringkat Antarabangsa di Korea.

Peserta negara berpeluang merakam gambar bersama pengunjung dari pelbagai negara.