Hari ini result SPM diumumkan. Makanya soalan ini akan jadi soalan paling popular hari ini.

Pesanan untuk kita semua termasuk diri ini. Ada beberapa etika dan adab yang kita perlu jaga. Salah satunya apabila keputusan peperiksaan anak-anak keluar. Tak kiralah apa jenis peperiksaan pun.

Bukan apa..

Kadang-kadang melihat situasi berlaku depan mata. Contoh: si A up status,

“Ya Allah, permudahkanlah urusan anakku. Hari ini dia akan terima keputusan peperiksaan. Moga dia berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang hari ini..”

Maka berduyun-duyun komen mengaminkan doa which is bagus la kan. Tapi yang tak best ada pula yang bertanya,

“Berapa result anak kamu. Dah tau ke? “

“Ok tak?”

“Berapa A?”

“Semua lulus ke?”

Adehh..

Kita kena faham. Kalau orang tu share bermakna dia suka untuk berkongsi dengan orang lain. Kita tumpang happy anak orang cemerlang. Jadikan kejayaan anak orang motivasi untuk kita.

Tapi..

Sekiranya orang tak share, kita kena hormat lah privacy dia. Tak perlu kot nak tanya lebih kan. Kalau dah sampai 2, 3 kali tanya, orang tak bagi tau kita tak perlu mendesak. Tak semua orang suka nak berkongsi sama ada berita gembira atau sebaliknya. Yang sebetulnya tak perlu tanya pun. Doa saja yang baik-baik.

Benda nampak simple tapi adakala boleh buat orang jadi tak selesa dan rimas. So ada baiknya kita jaga hati sesama kita. Tak susah pun kan..

Adalah lebih bagus kita jaga dan improve anak-anak kita sendiri. Panjang lagi langkah mereka. Kejayaan bukan diukur dari result peperiksaan, ada banyak lagi ‘kayu’ pengukur untuk berjaya dalam hidup. Setiap anak ada potensi masing-masing. Mungkin dia tak cemerlang dalam pelajaran, tapi siapa tahu satu hari nanti dia jadi usahawan berjaya ataupun masa tua kita dia yang jaga dan berkhidmat hingga ke akhir hayat kita.

So chill saja ok..

Kita tak perlu kelam kabut nak ambil tahu result anak orang lain. Jaga ‘kain’ kita cukup. Doakan anak-anak kita semua semoga cemerlang dunia dan akhirat. Aaminnn.

Ibu bapa sekalian,

Biar apa pun keputusan, peluk, cium dan raikan mereka. Jangan di marah, di ungkit silap mereka jika keputusan tidak seperti yang kita harapkan.

Good luck untuk anak-anak SPM hari ini. Walau apa pun keputusan, kalian tetap anak-anak yang hebat..

 

Sumber: Telegram Sidiq Ad’din (Pakar Motivasi)