SERONOK mata kita lihat suasana dalam masjid. Kurang dua minggu sahaja lagi bahang raya mula terasa tetapi masjid masih penuh, luar biasa!

Alhamdulillah, umat Islam terus berlumba-lumba mencari keberkatan pada bulan yang mulia ini hingga ke penghujung Ramadan.

Seronok juga melihat jemaah-jemaah termasuk kanak-kanak berlumba-lumba  hendak berada di saf depan. Suasana ini membuktikan ibu bapa tahu peranan dan tanggungjawabnya menerapkan Rukun Islam ke dalam jiwa anak-anak ketika usia masih muda.

Memetik kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, katanya, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya Tarbiyah al-Aulad
telah menyebut tiga institusi penting untuk kanak-kanak ialah:

Rumah: Tempat pembangunan fizikal, adab dan akhlak. Masjid: Selaku tempat pembangunan kerohanian. Sekolah: Merupakan tempat pembangunan akal fikiran, adab serta pemikiran.

Justeru, tidak perlu dinafikan atau dibahaskan lagi walaupun timbul pelbagai pandangan berbeza mengenai isu bawa anak-anak bawah umur ke masjid.

Namun, apa yang kurang menyeronokkan di mata kita apabila ada anak  kecil di bawah usia lima tahun dibiarkan bersama-sama di saf depan.

Bayangkan dengan keadaan anakanak kecil ini yang belum tahu mengikut  rukun solat, keluar masuk saf dan setiap pergerakannya menyentuh jemaah di sebelah.

Artikel lain:

'Seorang pelajar Kolej Vokasional maut, 24 lagi cedera' - Polis masih siasat punca

'Menjadi guru bukan pilihanku, namun ALLAH lebih tahu segalanya' - GB SK Beruas

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan

Tahniah! SMK Panji Alam takluk Eropah gondol empat anugerah utama tewaskan pasukan dari 100 negara

Warga SK Taman Cahaya Masai bersyukur semua pelajar selamat ketika kes pembuangan sisa kimia