Sebagai manusia, kita sememangnya memerlukan kata-kata motivasi sebagai pendorong.

Ini kerana, motivasi bermakna dorongan. Dan bila kita ada dorongan, insya-Allah apa yang ingin dilakukan, akan berjaya dengan izin Allah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah, Mohd Nizam Saidin berkata, kata-kata motivasi adalah penguat semangat buat semua individu.

“Guru-guru terutamanya, ada masa mereka juga berhadapan dengan masalah, ujian dan juga dugaan.

“Jadi, bila saya kongsikan motivasi pada mereka, saya melihat barisan cikgu makin bersemangat untuk mengajar dan mula memasang impian untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam semua bidang,” katanya kepada GPS Bestari.

Melihatkan betapa pentingnya guru-guru memerlukan kata-kata motivasi, jadi Cikgu Mohd Nizam telah berkongsi sebulan sekali menerusi medium whatsapp dan telegram sekolah.

Mari ikuti salah satu perkongsian daripada guru besar hebat dan kreatif ini, yang pernah merangkul beberapa anugerah iaitu:

1) Ikon Guru Negeri Kedah 2016

2) Pingat Cemerlang Kedah (PCK) 2017

3) Anugerah Sekolah Perdana Negeri Kedah 2019

4) Johan Pengurusan Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2018

5) Johan Ikon STEM Peringkat Kebangsaan 2018

6) Johan Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2018

7) Ikon Pemimpin TMK Negeri Kedah 2020

*****

Dari Meja GB Nizam

Sebahagian orang, kegagalan boleh membuat seseorang individu trauma sehingga mereka menjadi takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau membuat salah, kerana takut akan di hakimi oleh orang di sekeliling.

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!

Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

Adakah ikon ini pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda:

“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Selagi anda mahu mencuba dan berusaha, ianya bukan lagi gagal. Ia adalah perjalanan anda untuk mencapai kejayaan. Mana tidaknya, pastinya akan ada sedikit turun naik. Lagi besar yang ingin dicapai, maka lagi besarlah turun dan naiknya. Kalau sikit sahaja ingin di capai, sikit lah turun naiknya.

Justeru, untuk menjadi seorang yang hebat dan cemerlang dalam sesuatu ianya pasti sukar dan apabila sukar, pastinya ada kegagalan yang akan ditemui. Sekiranya mencapai kejayaan itu mudah, pastinya ramai dikeliling kita sudah berjaya.

Semoga kegagalan hari ini, mencetuskan kegemilangan anda di masa hadapan.

Artikel menarik

Coretan ‘budak kampung’ buat ramai sebak. Tak sangka ini dilalui beliau sebelum menjadi menteri

Nasihat Cikgu Firdauz buat guru baharu ni sangat padu! Jangan lupa jadikan panduan