SERONOKKAN bila tengok budak-budak mampu membaca buku? Lagi seronok bila tengok budak-budak minat membaca buku.

MAMPU dan MINAT membaca adalah dua perkara yang berbeza.

Sebenarnya, ajar anak-anak mampu membaca lebih mudah daripada didik mereka minat membaca.

Sebelum cari solusi kepada masalah anak-anak yang tidak minat membaca, refleksi dulu diri sendiri.

Kita yang dewasa ini mampu membaca buku. Walaupun membaca buku amalan mulia...berapa peratus rakyat Malaysia betul-betul minat membaca buku? Tentu jawapannya bukan 100%.

Boleh cuba tiga tip ini untuk usaha develop minat anak-anak membaca buku sejak kecil:

1) Bermula dalam kandungan

Islam sangat galakkan ibu mengandung perbanyakan membaca al-Quran. Ini juga cabang membaca. Deria pertama yang terbentuk semasa anak dalam kandungan adalah deria pendengaran. Jadi, anak sudah boleh mendengar sejak di alam rahim. Gunakan peluang ini untuk perbanyakan bacaan dan perbualan. Insya-Allah, kebiasaan ini ada pengaruh besar terhadap minat anak untuk membaca.

2) Wujudkan budaya membaca

Di rumah, jumlah buku kanak-kanak yang ada sepatutnya sama atau lebih banyak daripada jumlah toys yang ada. Jika mampu, wujudkan perpustakaan mini atau at least satu sudut khas dengan rak-rak untuk display semua jenis buku yang ada.

Kita ambil buku dan baca di depan anak-anak. Sesekali bacakan buku untuk anak atau dengar anak membaca sendiri buku. Ini teknik-teknik mudah yang ada kesan untuk jangka masa panjang walaupun hanya spend beberapa minit sehari.

3) Lawatan sosial ke tempat buku

Biasanya, anak-anak dibawa ke indoor or outdoor playground, shopping mall and waterpark untuk enjoy. Apa kata sesekali, bawa mereka ke tempat yang mesra buku untuk enjoy. Tempat-tempat itu adalah perpustakaan awam, kedai buku dan pesta buku bermusim untuk terap minat membaca. Beri mereka peluang dan kebebasan untuk pilih buku yang mahu dibaca.

Untuk permulaan, buku-buku ceria yang ada banyak gambar, interaktif dan berbunyi atau jenis pop up sangat menarik minat. Pemilihan buku yang sesuai penting untuk buat mereka jatuh cinta dengan buku walaupun tidak betul-betul membaca. Spend masa lepak di library atau bookstore yang ada ruang untuk melepak.

It’s not enough just to be a reader. Let’s try to be an ardent reader.

Sumber: Facebook Nurkhomsiah Bakrim

Artikel Menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

"Balik oi balik...."- Aksi Che Tam hambat kerbau, curi perhatian

Sedapnya suara, syair Cikgu Azizah raih lebih 400 ribu tontonan

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Cantiknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong