1. Mak ayah kena tahu yang anak di rumah tak akan sama dengan anak di sekolah.

Jadi wajiblah double check apa juga cerita-cerita anak-anak atau aduan mereka.

Cepat- cepat tanya cikgu anak anda.

Tanya dengan baik, bukan main tuduh - tuduh sebab kita kena ada niat nak cari gali cerita sebenar.

 

2. Mak ayah jangan letak harapan tinggi nak anak pandai cepat

Sebab anak kita tak akan sama dengan anak orang.

Tak akan sama juga dengan adik beradik dia yang lain.

Mak ayah kena tengok apa perkembangan anak dan kemajuan mereka.

Jika tak pandai pegang pensil, sekarang dah pandai pegang atau tak.

Jika tak tahu menulis, sekarang dah tahu menulis atau tak

Jika dulu dok asyik menangis masuk kelas, sekarang dah happy ke sekolah atau tak.

Jangan nak cepat tengok 'cemerlang’.

Fokus pada perkembangan anak anak.

 

3. Nak anak cepat pandai

Semak juga apa kita buat untuk anak.

Dalam seminggu, berapa jam sehari kita duduk dan ajak anak belajar bersama kita?

Mungkin ada, atau mungkin tak ada langsung.

Mungkin kita suruh anak belajar, tapi kita sibuk tengok drama kat TV atau tak habis-habis dengan kerja di dapur...

Kita kena ada sesuatu yang harus dikorbankan jika nak anak cepat pandai.

Kita yang kena duduk dengan anak dan bantu belajar bersama.

Biar dulu dapur bersepah...sebab berbaliklah pada keutamaan kita...'anak'!

Atau...buat deal,

Jika suami tunggu anak belajar, isteri kemaslah dapur dan buat kerja rumah.

Jika isteri teman anak, suami pula buat kerja rumah.

Jangan harap anak boleh cemerlang kalau kita sebagai mak ayah langsung tak konsisten dengan usaha kita membantu anak di rumah.

 

4. Kadang kita lupa nak istiqamah bertanya pada anak apa yang mereka belajar setiap hari

Jadikan ini rutin wajib.

Jumpa anak selepas balik sekolah, terus tanya apa dia belajar.

Dengar cerita dia, galakkan anak bercerita apa dia belajar.

Tanya dia suka tau tak

Tunjukkan kita amat berminat nak dengar apa dia belajar.

Hal ini akan buat anak lebih semangat nak fokus apa dia belajar sebab balik nanti dia nak bercerita pada mak dan ayahnya.

 

5. Jangan tengking anak

Marah itu wajar, tapi jangan marah dengan nada tengking menengking.

Kita tengking bukan buat anak takut.

Kita hanya akan buat jiwa agresif anak makin aktif.

Jangan terkejut anak juga membesar dengan bercakap ala-ala menengking kita

Masa tu kita akan marah anak kenapa bercakap kasar dengan kita.

Sedangkan kita lupa, itulah cara kita bercakap dengan mereka.

Marah lah...tapi kawal nada marah kita.

Explain dan beritahu yang kita sedang marah dan kenapa kita marah...

Tapi...pitching suara kena tetap jaga.

 

6. Check beg sekolah anak

Jangan terkejut yang ada anak kita suka ambil barang di sekolah.

Bukan mencuri ye...

Mereka suka.

Mereka ambil.

Jadi, biasakan check beg anak hari-hari supaya kita tak terlambat untuk mengajar mereka tentang kesalahan jika mereka mengambil hal orang lain.

 

7. Bina hubungan yang baik dengan cikgu anak-anak

Jangan malu luahkan masalah anak.

Tanya cikgu apa kelemahan anak dan kita janji akan bantu di rumah.

Anak yang cemerlang bukan sebab cikgu itu hebat, tapi anak itu bertuah kerana dia punya ibu ayah dan guru yang komited nak mendidiknya.

 

Itulah apa yang kita perlu buat bila anak dah masuk sekolah.

Ingat...masuk sekolah bukan wajib bijak terus.

Usaha harus datang dari semua pihak khususnya kita sebagai ibu bapa.

Anak kitakan...takkan nak serah bulat - bulat pada cikgu semata.

Anak kita...!

Sumber: Facebook Move On Reyna Ibrahim