1. Nor Hafizah Mahmud, Kauselor , SMK Tanjung Pauh, Jitra, Kedah

Buat Dr Maszlee,

Saya sebagai warga pendidikan sungguh terasa kehilangan atas perletakan jawatan Dr sebagai Menteri Pendidikan.

Namun, saya amat faham akan warna hidup di landasan perjuangan.

Bakti tenaga dan idea Dr selama 20 bulan akan terus dimanfaatkan secara peribadi oleh saya sebagai Kaunselor demi kepentingan perkhidmatan dan manfaat anak bangsa.

Sungguh benar kata Dr, tiada noktah perjuangan dalam dunia pendidikan dengan perletakan jawatan ini.

Saya doakan agar Dr sentiasa dalam pelukan rahmat Ilahi dan keberkatan membaluti tiap langkah perjuangan Dr.

Terima kasih segunung intan Dr.

 

2. Cikgu Siti Rahayu Rahim, Guru Bahasa Inggeris, SK Bandar Anggerik, Shah Alam, Selangor

Assalam YB Maszlee,

Sedih... Terharu dgn perkhabaran tersebut.

Saya sebagai seorang pendidik sendiri mengharapkan YB kekal dan membangunkan Pendidikan Malaysia dan terus berkhidmat.  

Apakan daya.... semoga YB dpt terus memberi idea dan sokongan terhadap sistem pendidikan dan berjaya dan terus cemerlang.... insya-ALLAH.

 

3.  Cikgu Rubaiya Abu Nawas, Pengetua, SMK Paya Rumput, Melaka

Kepada YB Dr. Maszlee Malik

Peletakkan jawatan tuan sebagai Menteri Pendidikan merupakan satu kejutan besar kepada kami warga pendidik.  

Di bawah kepimpinan YB terdapat banyak perubahan yang membawa kepada pembangunan pendidikan secara holistik di sekolah-sekolah khususnya kepada murid-murid serta warga pendidik.  

Semoga YB akan terus berbakti dan berkhidmat untuk kami warga pendidik.  

Terima kasih YB atas segala jasa baik kepada kami warga SMK Paya Rumput Melaka.  

Kehadiran YB ke sekolah pada tahun 2019 akan kekal terpahat sebagai kenangan manis kepada kami semua.

 

4.  Cikgu Zaini Ibrahim, PK HEM, SK Bandar, Kota Tinggi, Johor

Pertemuan dengan YAB di UTHM membuat saya terharu kerana sudi bergambar dengan saya.

Sukar seorang menteri menerima pelawaan seperti ini.

Banyak perubahan di dunia pendidikan yang telah YAB buat untuk guru... dapat kami merasa.

 

6. Cikgu Roslee [email protected], Guru Pemulihan Khas, SK Kampung Soeharto, Hulu Selangor

Terima kasih atas kerja buat YB selama memegang jawatan Menteri Pendidikan Malaysia.  

YB telah melaksanakan amanah yang diberikan.  

Ramai guru senang dengan apa yang telah YB buat untuk membantu memartabatkan bidang pendidikan.  

Malah YB berani dalam menangani isu tulisan jawi.  

Saya selaku seorang guru amat berterima kasih kepada YB atas kerja buat YB kepada warga pendidik Malaysia.  

Terima kasih YB Jasa tetap dikenang.

 

7. Cikgu Mohd Suhaimi MN, Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan, SK Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Pagi kami terlakar ceria menyambut anak-anak bangsa yang bakal dididik dengan penuh iltizam.  

Pada hari pertama ini jugalah kami menyambut berita duka pengunduran YB Dr Maszlee daripada perkhidmatan yang belum pun sampai sepenggal.

Sungguhpun belum cukup tempohnya untuk YB membuktikan sepenuhnya perancangan yang telah direncanakan, iltizamnya membawa perubahan dalam dunia pendidikan ini dilihat mampu melestarikan 1001 aspirasi yang bakal melahirkan generasi unggul pada masa hadapan.  

Sungguh, tiada kata yang dapat diungkapkan untuk menzahirkan rasa ralat dalam hati.  

Semoga semangat juangnya dalam memartabatkan pendidikan secara kolektif mampu diteruskan oleh sesiapa jua pun yang bakal menggantikannya.  

Terima kasih YB. Semoga perjuanganmu selama ini bukan sesuatu yang menjadi sia-sia.

 

8. Cikgu Mohamad Fadzil Edris, Guru, Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru

Assalamualaikum YB,

Saya berasa sedih bila mendengar perkhabaran ini.  

Namun, inilah lumrah dunia.  

Sebagai manusia biasa, kita tak lari dari ujian dan cabaran yg menanti.  

Semoga YB terus berjaya dalam bidang YB dan menyumbang kepada pembangunan negara terutama pembangunan pendidikan negara.  

Terima kasih YB atas sumbangan dan perubahan yang YB telah lakukan sepanjang pentadbiran YB di KPM.  

Kami melihat lebih banyak perkara positif telah dapat dilaksanakan.  

Semoga YB terus bersemangat di masa akan datang.  

Sebagai warga pendidik, kami akan meneruskan perjuangan dan amanah mendidik anak bangsa ke arah pendidikan yang lebih holistik dan cemerlang.  

Mewakili warga Sekolah Rendah Islam Hidayah, terima kasih YB kerana sempat hadir pada majlis Ihtifal kami pada November 2018.  

Sepertinya ucapan dan pesanan YB pada masa itu akan terus tersemat dan menjadi panduan buat kami di bumi hidayah.  

Teruskan perjuangan.

Pendidikan untuk semua.

Artikel berkaitan:

Program di SK Setiawangsa, sembilan jam sebelum Maszlee letak jawatan (7 foto)

Teks ucapan penuh Maszlee ketika Sidang Media Khas

Maszlee umum peletakan jawtan jam 4.30 petang ini?

Rakaman penghargaan Maszlee kepada Dr Mahathir - Peletakan jawatan berkuatkuasa esok