KETIKA debaran Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menghambat calon, guru dan ibu bapa, kita pasti lupa kepada satu perkara iaitu ketenangan.

Dalam melayani debaran pasti perasaan gundah gulana.

Kadang kala hilang kawalan pemikiran. Wahai anak didikku yang akan berhadapan dengan UPSR esok, tarik nafas panjang dan hembus dengan lembut.

Lihat kepada wajah ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Senyuman mereka penyejuk hati, pelembut jiwa.

Tenangkan fikiran, bayangkan satu kejayaan cemerlang sedang menunggu untuk diraikan.

Tiada yang mustahil dalam kehidupan.

Dalam situasi yang hampir sekarang, ulangkaji secara smart dengan merujuk kepada guru.

Ketika ini guru andalah insan yang paling mengerti dan memahami kekuatan dan kelemahan anda.

Wahai anak didikku.

Ukirkan senyuman, tenangkan jiwa ketika anda rasai tekanan kepada UPSR yang semakin menghampiri.

Ikuti semua nasihat guru berkaitan ulangkaji, latihan dan sebagainya.

Rapati ibu bapa dan mintalah nasihat mereka.

Jaga pemakanan anda di rumah.

Tidur awal dan kurangkan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

Banyakkan berdoa kerana keberkatan doa amat mustajab setelah segala usaha anak didikku dilaksanakan.

Berdoa sama ada secara formal atau hanya dalam hati.

Anak didikku, mohon doa dengan ikhlas dan rela hati.

Wahai anak didik kesayangan cikgu.

Masih ada masa dan ruang untuk menampal mana-mana rongga yang berlubang.

Ulangkaji secara bijaksana dalam pengisian masa yang masih ada ini.

Ingat, guru dan ibu bapa anda ialah insan yang paling rapat dan dekat dengan anda ketika ini.

Merekalah pakar rujuk dan penenang jiwa anda menempuhi sisa masa yang masih ada sebelum tiba hari UPSR 2019.

Ayuh anak didik kesayangan cikgu.

Langkahan akhir sebenarnya lebih kuat dan berstrategi.

Penuhi masa secara terancang dan ikutlah nasihat dan perancangan guru dan ibu bapa.

Insya-ALLAH cahaya kecemerlangan dalam genggaman anda untuk gemilang dalam UPSR.

Cikgu iringi perjuangan anak didik kesayangan cikgu dengan doa yang amat ikhlas dan luhur diri.

 

Roslee [email protected], Guru Pemulihan Khas SK Nitar 1, Mersing, Johor

Artikel berkaitan:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam