Ibu ayah hebat sekalian,

Bagaimana anak-anak kita pagi ini? Sihatkah mereka?

Pergi tadika dan taska dalam keadaan gembirakah mereka pagi ini ?

Kami doakan kita semua menjadi ibu bapa yang paling membahagiakan untuk anak anak kita.

Ibu ayah,

Pernah dengar anak kita menyanyi?

Lagu ABC, 1 Little 2 Little 3 dan banyak lagi lagu yang dia hafal tanpa perlu melihat kepada skrip/nota?

Hebat kan otak anak anak kita?

Pernah lihat anak kita begitu alert dan aware, bila dia nampak kereta di atas jalan?

Dia tahu itu kereta BMW, Proton, mahupun Mercedez tanpa perlu mereka hadir ke kelas untuk mengenal jenis kereta! Betul kan?

Hebatnya otak yang Allah cipta untuk anak kita.

Pernahkah kita lihat betapa hebatnya anak kita yang baru umur 2 atau 3 tahun pun sudah boleh tiru cara solat, tanpa perlu kita hantar mereka ke kelas atau sampai mahu pegang rotan untuk mereka solat.

Mereka hanya lihat dan dengar. Dan mereka akan tiru

Begitu juga hebatnya seorang bayi, hanya dengan deria baunya sudah boleh kenal ibunya.

Apabila sudah besar sedikit, jika ditinggal maka menangislah dia. Dia tidak perlu kepada kelas mengenal ibu. Tetapi itulah kurniaan Allah kepada seorang bayi.

Tapi sangat sedikit dari kita yang bersyukur anak kita sangat bijak dan cerdik.

Masih lagi membezakan dan merendahkan anak sendiri. Masih ada lagi yang marah-marah kerana masih tidak boleh baca dan mengira.

Sangat sedikit dari kita yang benar-benar memanfaatkan kebijaksanaan mereka.

Rangsangan tidak diberikan secukupnya sehingga apabila mereka sudah semakin membesar, maka sudah sukar untuk kita mendidik mereka.

Ibu ayah, Anak kita sangat hebat.

Mereka tidak perlu kelas intensive untuk tahu menyanyi, menangis, mengenal, meminta dan marah. Mereka belajar dari deria penglihatan, pendengaran, bau dan rasa.

Di mana mereka belajar?

Dengan siapa mereka belajar?

Sudah tentulah daripada kita sebagai ibu bapa dan belajar dengan memerhati apa sahaja yang berlaku dalam rumah kita.

Ramai yang bertanya kepada saya. Mengapa anak saya asyik hafal lagu abc saja tapi tak kenal- kenal huruf abc... Dah umur 4 tahun pun masih tak kenal.

Ibu bapa yang disayangi Allah.

Menghafal adalah satu proses. Jadi jangan nafikan proses itu. Jangan perlekehkan kebolehan anak anda yang kuat menghafal. Dia hafal lagu ABC, itu satu kejayaan buat dia. Raikan!

Jadi, bila dia nak kenal abc ?

Macamana dia nak kenal?

Bila dia nak kenal - bergantung kepada anda, sebagai ibu dan juga guru untuk memperkenalkan.

Mustahil dia akan kenal sendiri tanpa kita tunjuk mana A mana B.

Jadi, mainkan peranan kita sebagai ibu dan bapa.

Sambil anak kita menyanyi ABC, kita tunjukkan flashcards ABC.

Slowdown the ryhmes of the song.

A....B.....C.....ok stop.

Minggu ini kita belajar A sampai C sahaja dulu.

Minggu kedua E sampai G.

Begitulah seterusnya.

Lihat bagaimana dia belajar.

Visual kah....Audio kah...Kinestetik kah?

Ingat kata-kata saya ini. Kenali cara belajar anak anak kita

Membaca itu satu proses yang panjang. Ia sangat kompleks. Ia tidak datang secara natural. Anak perlukan rangsangan dan bantuan.

Bantu anak kita.

Sayangi mereka.

Hargai mereka.

Raikan kejayaan mereka walaupun sedikit.

Selamat mendidik dengan kasih sayang!

 

Ashikin Hashim

 

Sumber: Telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim