1. Tarikh pembukaan semula sekolah murid kelas peperiksaan Awam dan setara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020.
  2. Kapasiti kelas tidak melebihi 20 orang murid. Namun, kapasiti boleh melebihi itu sekiranya berada di dalam dewan yang besar. Susunan meja  juga perlu penjarakan sosial sesuai SOP.
  3. Pembukaan sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat, untuk kelas-kelas peperiksaan awam, SPM, SVM, STPM, STAM dan yang setara.
  4. Ibu bapa dan penjaga perlu  memastikan anak-anak yang sihat sahaja di hantar ke sekolah.
  5. Guru-guru dan murid perlu lalui pergerakan terarah,  pemeriksaan suhu badan dan penjagaan kebersihan diri.
  6. Pelajar atau guru yang mempunyai suhu 37.5 darjah Celsius dan bergejala tidak dibenarkan masuk ke sekolah.
  7. Makanan siap berbungkus, dimakan di dalam kelas, digalak membawa bekal.
  8. Sukan dan kokurikulum secara bersemuka adalah dilarang.
  9. Tiada perhimpunan sekolah.
  10. SOP di asrama - katil disusun pada jarak 1 meter dan pergiliran waktu makan.
  11. Pembukaan sekolah adalah secara berperingkat KPM akan umumkan dari semasa ke semasa.
  12. Pembelajaran di rumah akan diteruskan, pendekatan boleh dipelbagaikan.
  13. Ibu bapa disaran menyediakan bekalan untuk anak-anak.
  14. PIBG digalakkan berganding bahu dengan pihak sekolah, dalam membuat persiapan sebelum sekolah mula beroperasi.
  15. Sekiranya anak-anak tida sihat dan bergejala, batuk, demam, selesema, dan sesak nafas, jangan hantar ke sekolah, sebaliknya bawa anak buat pemeriksaan.