KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia telah menyediakan bilik gerakan bagi memudahkan pertanyaan orang ramai mengenai pembukaan semula sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Dr Habibah Abdul Rahim turut serta, semalam, dalam sesi pemantauan bersama dengan petugas-petugas bilik operasi berkenaan.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Azman Adnan selaku Pengerusi JPPSS KPM.

Waktu operasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam di talian 03-8884 5020 dan 03-8884 5336.



Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel menarik:

Dr Habibah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia baharu

'Sekolah akan ditutup buat sementara waktu jika ada kes' - Dr Noor Azmi

Pembukaan sekolah rendah...KPM masih belum buat keputusan

PM tinjau pembukaan sekolah, pelajar luah perasaan setelah dapat kembali ke sekolah

Pelajar teruja kembali ke sekolah, setelah tiga bulan sekolah diarah tutup