1. Bilakah Murid Bekeperluan Khas (MBK) akan memulakan persekolahan?

MBK yang berada di kelas peperiksaan SPM, SVM, STPM, STAM dan Peperiksaan Antarabangsa yang setara telah memulakan semula persekolahan pada 24 Jun 2020.

MBK semua MBK bukan kelas peperiksaan awam di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), mereka akan memulakan persekolahan pada 15 Julai 2020.

Manakala MBK yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif (Inklusif Penuh), ia adalah tertaklum kepada tarikh yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan yang dibuat pada 1 Julai 2020.

2. Adakah laluan khas untuk MBK disediakan semasa ketibaan di sekolah?

Ya, sekolah perlu menyediakan laluan khas bagi MBK di pintu masuk utama sekolah.

3. Adakah MBK prasekolah boleh dihantar hingga ke kelas prasekolah?

Ya, dengan ditemani oleh ibu bapa/penjaga.

4. Adakah guru dan PPM yang terlibat dengan MBK dibolehkan untuk tidak memakai pelitup muka?

Ya, guru dan PPM yang terlibat dengan MBK dibolehkan untuk tidak memakai pelitup muka bagi menjamin keberkesanan komunikasi terutama untuk MBK Kurang Upaya Pendengaran dan Penglihatan. Walau bagaimanapun, penjarakan sosial perlu sentiasa diamalkan.