KEMENTERIAN Pendidikan terus prihatin terhadap pendidikan luar bandar dan kebajikan murid melalui tiga pendekatan program iaitu Menggapai Impian, Program Jom Tinggal di Asrama dan Program Langkah Kembali ke Sekolah.

Bertempat di SMK Kota Marudu II, Sabah, telah berlangsung penyampaian sijil-sijil dan sesi ramah mesra warga KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, ibu bapa dan guru-guru serta murid-murid.

Dalam program Menggapai Impian, seramai lapan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran peringkat Pra-Universiti manakala seramai 15 murid B40 diterima masuk ke Program Jom Tinggal di Asrama.

Melalui Program Langkah Kembali ke Sekolah, yang menyasarkan sifar keciciran, SMK Kota Marudu II telah menerima 12 murid untuk kembali menyambung persekolahan.

Sijil dan surat tawaran telah disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin.

Hadir bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perancangan), Datuk Azizan Mohamad Sidin; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib, dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Dr Mistirine Radin.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel menarik:

Sesi PdP pelajar Kota Setar, Kedah secara dalam talian sepanjang PKPD secara pentadbiran - Muslimin

Memberontak enggan ke sekolah, anak mungkin alami tekanan