KETUA Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Dr Habibah Abdul Rahim meluangkan masa meninjau persediaan serta perjalanan lima buah sekolah di Sungai Petani, Kedah.

Beliau ditemani oleh Tuan Abd Aziz Selaiman dengan memulakan tinjauan persediaan pembukaan prasekolah di SK Bandar Puteri Jaya, SJKC Min Terk dan SJKT Saraswathy.

"Saya amat berpuas hati dengan persediaan ketiga-tiga buah sekolah ini dan saya yakin warga sekolah dan ibu bapa tidak sabar untuk menanti pembukaan kelas prasekolah pada 1 Julai nanti.

"Saya pasti persediaan dan langkah-langkah keselamatan yang amat dititikberatkan turut memberi keyakinan kepada semua," katanya menerusi akaun facebooknya, semalam.

Seterusnya, beliau ke Kolej Vokasional Sungai Petani 1 yang telah memulakan sesi persekolahan pada 24 Julai yang lepas.

"Saya kemudiannya ke SMS Sultan Mohamad Jiwa. Sekolah ini merupakan tempat pertama saya memulakan kerjaya dalam dunia pendidikan. Lebih manis lagi apabila anak murid saya ketika itu kini mengajar di sekolah ini," ujarnya.

Sumber: Facebook Dr Habibah Abdul Rahim