ENAM soalan lazim berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Mari kita tengok...

1) Adakah aktiviti sukan dan kokurikulum boleh dilaksanakan?

Ya, dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum serta kesesuaian pengoperasian sekolah.

2) Adakah pertandingan permainan dan kokurikulum antara rumah sukan/kelab/persatuan boleh dilaksanakan?

Ya, dengan mengambil kira penjarakan fizikal berdasarkan kapasiti kawasan/ruang dan mengutamakan keselamatan serta kebersihan.

3) Adakah aktiviti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) boleh dilaksanakan di luar bilik darjah?

Ya, dengan mengambil kira penjarakan fizikal berdasarkan kapasiti kawasan/ruang dan mengutamakan keselamatan serta kebersihan.

4) Berapa ramaikah bilangan murid yang dibenarkan menjalani aktiviti pada setiap perjumpaan?

Bergantung kepada kesesuaian aktiviti dan kapasiti kawasan atau ruang dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

5) Adakah murid boleh berkongsi atau menggunakan peralatan sukan dan kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah?

Ya, peralatan perlu dibersihkan/disanitasi sebelum dan selepas penggunaan.

6) Adakah murid berimuniti badan yang rendah dibenarkan menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum?

Ya, dengan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga.

Artikel berkaitan:

40 Garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum