PUTRAJAYA - Konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PA21) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2015 menampakkan hasilnya.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 16 (1) Noor Rokiah Mohd Yusof berkata, sejak dilaksanakan peningkatan pemahaman dalam pembelajaran murid meningkat.

Noor Rokiah

Ini penemuan Noor Rokiah hadil mengaplikasikan PA21

1. Murid lebih berkeyakinan dalam pembelajaran, sosial komunikasi dan sebagainya.

2. PA21 berkonsepkan pusat pelajar manakala guru sebagai fasilitator di mana kemudahan perlaksanaannya disediakan oleh sekolah.

3.Ibu bapa dapat mengenal pasti kelemahan anak-anak mereka dengan mudah.

4. PA21 turut merangkumi penglibatan ibu bapa.

5. Ibu bapa sendiri memberi komitmen dan hadir ke sekolah untuk menceriakan kelas.

6. Guru tidak lagi hanya memfokuskan untuk menghabiskan sukatan pembelajaran sehingga adakalanya pemahaman murid terlepas pandang.

7. Dengan PA21, murid dibekalkan 'trafic light' yang mana mereka akan mengangkat kad berwarna hijau sekiranya memahami dengan baik.

8. Murid yang mengangkat kad hijau akan membantu rakan mereka yang mengangkat kad kuning dan merah.

9. Murid yang faham akan membimbing rakan mereka yang kurang menguasai.

10. Dengan konsep PA21, tiada lagi komunikasi sehala antara guru dan pelajar.

11. Kini pelajar dan guru mengamalkan komunikasi pelbagai hala.

Reaksi murid

Muhammad Nawfal Hakim Mohd Izuddin

"Seronok sangat dapat bersekolah. Ada ramai kawan-kawan."

Wan Nur Alisha Amir Hamzah

"Cita-cita saya mahu jadi polis. Saya akan belajar rajin-rajin."

Nurul Qaiser Wazien Nurul Hudda Nazlin

"Saya seronok dapat bergaul dengan ramai kawan-kawan. Cikgu pun 'best' dan baik-baik."