Pasir Gudang - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang telah memastikan kesemua sekolah di kawasan berhampiran mengambil inisiatif berjaga-jaga untuk menangani kemungkinan kesan daripada kualiti udara yang tercemar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Azman Adnan berkata, inisitiaf itu diambil sebagai langkah pencegahan.

Artikel berkaitan: Pencemaran udara terbaharu di Johor turut jejas SK Pasir Gudang 4

"Setakat pagi tadi kualiti udara di kawasan sekitar sekolah menunjukkan bacaan selamat dan pemantauan berterusan dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca sebenar yang berlaku sebagaimana kenyataan rasmi Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, YB Mohd Khuzzan Abu Bakar semalam," katanya.

Kata beliau menerusi kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari sebentar tadi, PPD Pasir Gudang akan terus memantau perkembangan untuk tindakan susulan berdasarkan arahan Jawatankuasa Bencana Daerah dan pihak berkuasa Daerah.

Sehingga jam 3.30 petang semalam seramai 11 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4, Pasir Gudang telah menerima rawatan pesakit luar di pusat rawatan sementara di Sekolah Agama Taman Mawar ekoran simptom muntah, pening kepala dan loya ketika sesi persekolahan dipercayai akibat pencemaran udara dan dibenarkan pulang tanpa dirujuk ke mana-mana hospital.

Artikel menarik:

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Cikgu ada ke buat macam ni, tebang balak nak buat dewan sekolah? Jalan ke sekolah mandi selut

Mak ayah perlu buat ini jika mahu anak mereka skor A Matematik UPSR

Murid lain sibuk bungkus makanan dan balik rumah, murid ini capai penyapu bersihkan dewan