SELAMAT menghadapi peperiksaan buat adik-adik.

Di sini, kami ingin kongsikan 11 tip ohsem untuk membantu adik-adik dalam peperiksaan:

1) Datang awal dengan persediaan yang rapi

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2) Tenang, yakin dan percayakan diri sendiri

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. Insya-Allah anda akan jawab dengan tenang. Sentiasa berfikiran positif.

3) Bersantailah tapi berhati-hati

Maksudnya duduk dalam keadaan posisi yang betul dan selesa. Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4) Preview soalan-soalan terlebih dahulu

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5) Jawab soalan secara strategik

Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

a) Soalan paling sukar

b) Soalan yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya

c) Soalan yang mempunyai markah sedikit

6) Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7) Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis.

Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu diterangkan dulu.

8) Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9) Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan

Periksa jawapan. Elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik peperiksaan setelah anda menjawab semua soalan ujian.

Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan Matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan Matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10) Analisa jawapan anda

11) Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya.

Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT

Sumber: Blog FatehTeam

Tip menarik:

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

10 manfaat belajar awal pagi cara Cikgu Shahrul...penting untuk calon UPSR amal