SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengesahkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Imtiyaz Yayasan Terengganu (YT) Ketengah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu akan ditamatkan operasi pada 31 Disember ini atas persetujuan bersama Yayasan Terengganu.

Bahagian Komunikasi Korporat Mara berkata, penutupan maktab tersebut  tidak memberi kesan kepada 134 pelajar tingkatan empat yang terlibat kerana mereka akan dipindahkan ke MRSM Kuala Terengganu.

[ARTIKEL BERKAITAN: MRSM Imtiaz YT Ketengah ditutup... pelajar sedia ada ke MRSM lain]

Katanya, pertemuan dengan wakil ibu bapa pelajar selesai diadakan bagi  memaklumkan mengenai perpindahan pelajar bermula sesi pengajian 2020.

“Semua pelajar juga tidak perlu menukar aliran atau subjek yang diambil kerana pihak Mara telah merancang perpindahan ini sejak awal dengan memastikan  segala keperluan dari aspek pengajaran dan pembelajaran dipenuhi.

“Pelajar juga akan mendapat fasiliti dan suasana pembelajaran yang lebih  kondusif di MRSM Kuala Terengganu kelak.

“Untuk makluman, selain MRSM Imtiyaz YT Ketengah ini, Mara mempunyai empat buah MRSM di Terengganu  iaitu MRSM Kuala Terengganu, MRSM Besut, MRSM Kuala Berang dan MRSM Kota Putra (Ulul Albab),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu menurutnya, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak  RM130 juta bagi pembinaan sebuah lagi MRSM di Kampung Batu Tiong, Mukim Kuala Dungun, Terengganu dengan kapasiti seramai 750 pelajar.

Artikel Menarik:

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

I Force hasil inovasi guru Fizik ini menang pelbagai anugerah buatkan subjek Fizik semudah 1,2,3

‘Biarpun terpaksa duduk bawah meja, kami tetap mahu ke sekolah,’- Situasi pilu pelajar bikin sebak