JOHOR BAHRU - Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang disahkan menghidap myokimia tetap bersemangat ke sekolah setiap hari walaupun keadaan kesihatannya kurang memberangsangkan.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia itu berkata, dia kini sibuk membuat persiapan akhir untuk menghadapi peperiksaan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu depan.

Artikel berkaitan: Keluarga saman RM5 juta: Pakar percaya calon UPSR hidap myokimia akibat pencemaran Sungai Kim Kim

“Masih lagi banyak latihan perlu saya buat. 15 Julai nanti saya akan hadapi peperiksaan percubaan UPSR.

“Subjek Sains dan Matematik paling saya risau tetapi saya harap dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar nanti. Saya juga ada mengikuti tuisyen,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Pencemaran Udara di Sekolah Agama (SA) Taman Mawar di sini semalam.

Irfan Wafiy merupakan antara 47 murid dari sekolah agama Zon Pasir Gudang dan 11 guru agama yang menerima sumbangan disampaikan Pegawai Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru, Johari Musa.

Anak keempat daripada lima beradik itu disahkan menghidap myokimia iaitu penyakit saraf seakan-akan parkinson selepas dipercayai terdedah dengan pencemaran toksik Sungai Kim-Kim Mac lalu.

Bercerita keadaan kesihatannya, Irfan Wafiy berkata, kedua-dua kakinya terasa seperti terkena renjatan elektrik apabila disentuh.

“Setiap hari saya terpaksa ambil lebih 10 biji ubat termasuk ubat sawan tahan sakit dan jantung selain suplemen. Biasanya selepas makan pada jam 2 petang dan sebelum tidur saya jadi mengantuk,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor atau saintis.

Sementara itu, Johari berkata, sumbangan menerusi tabung bencana pencemaran udara itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Islam Johor Bahru.

“Ia adalah hasil kutipan sejak 26 Jun lepas. Pada kali ini penerima membabitkan 47 murid dan 11 guru dari sembilan sekolah yang terjejas dengan insiden itu,” katanya.

Baca:

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Sekolah dikelilingi alat permainan, patutlah jam 6.30 pagi murid dah datang - Macam dalam filem 3 Idiot!

Parut pada guru itu akan berbekas lama...

Calon SPM antara tiga pelajar maut di tempat kejadian akibat motosikal berlanggar sesama sendiri

Tahniah! Pelajar Sekolah Seri Puteri bolot 27 emas, 41 perak, tewaskan peserta dari 39 negara