SHAH ALAM - Seramai 150 murid tahun satu hingga enam  menyertai Children #QuranHour dan Iftar #MyZuriat yang berlangsung di Masjid An-Naim Kampung Jalan Kebun, Ahad lalu.

Pengerusi Pertubuhan Kemajuan Kanak-Kanak Zurriyat Malaysia (Zurriyat), Dayang Liliy Maznah Abang Muas berkata, peserta terlibat terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang berdaftar dengan masjid berkenaan.

DAYANG LILY MAZNAH

Katanya, program tersebut bersesuaian dengan Ramadan yang dikenali dengan bulan al- Quran.

“Kita mahu anak-anak ini dekat dengan kitab suci al-Quran. Rugi sekiranya bulan Ramadan ini kita tidak terapkan rasa sayang kepada al-Quran dalam kalangan anak-anak ini.

“Apa yang diharapkan dengan penganjuran program ini, kita tidak mahu anak-anak ini melihat al-Quran itu sebagai suatu yang janggal dan membaca tanpa mengetahui maksud isinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Zawawi (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan hari raya Aidilfitri pada program Children #QuranHour.

Katanya, Children #Quran-Hour telah dijalankan pihaknya selama lima tahun dan ini adalah kali kedua dilaksanakan pada bulan Ramadan.

“Saya berharap ia tidak hanya terhenti setakat bulan Ramadan sahaja tetapi ia perlu berlangsung sepanjang masa,” katanya.

Menurutnya, selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada program pendidikan dan motivasi bagi asnaf, anak yatim dan golongan B40, pihaknya berusaha mendekatkan ummah kepada al-Quran.

“Sekiranya ada mana-mana pihak atau komuniti setempat ingin mengadakan program di tempat mereka, kita akan usahakan kerana kita mempunyai kepakaran dan fasilitator yang telah dilatih,” katanya.

Artikel menarik:

Skuad Patrol Denggi SK Pasir Panjang komited banteras aedes

Hargai komitmen anak murid, guru ini belanja baju raya untuk lebaran

Cikgu pakai baju 'pink purple' tarik perhatian ramai kerana gaya menarinya yang menghiburkan

Seloka Hari Raya 2019 SK Padang Keria

Cepat mengantuk ketika mula baca buku - Pakar motivasi kongsi lima faktor yang buat ramai setuju