KLANG - Sebanyak 20 sekolah mengikuti program Penjenamaan Semula Makmal ICT Sekolah Kebangsaan (SK) Sementa: Serambi Bitara Inspirasi pada 4 September lalu di sekolah berkenaan.

Antara sekolah yang terlibat adalah SK Pelabuhan Klang, SK Telok Menegon dan SK Telok Gong.

Penyelaras ICT SK Sementa, Wan Norasyidah Meor Afandi berkata, makmal ICT sekolah itu ditubuhkan pada 2002 dengan kapasiti murid ketika itu seramai 800 orang.

"Mulai 2010, jumlah meningkat sehingga mencecah 2,000 murid.

"Penjenamaan semula makmal komputer ini dibuat untuk memberi nafas baru kepada murid dan makmal ini telah memasuki Pertandingan Teknopen Negeri Selangor Dalam Pengurusan Makmal Komputer Cemerlang," katanya dengan menambah penjenamaan Serambi Bitara Inspirasi itu dinaungi sepenuhnya oleh Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Wan Norasyidah mengharapkan makmal ICT dapat digunakan semaksimumnya oleh murid sekolah itu.

"Pihak sekolah juga berharap ada syarikat swasta yang dapat menyumbang lebih banyak komputer dan seterusnya membina sebuah lagi makmal komputer bagi menampung kapasiti murid yang semakin meningkat," jelasnya.

[LAGI GAMBAR BOLEH LIHAT DI SINI]

www.gpsbestari.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.