Janganlah terlalu runsing dan bimbang, jika peperiksaan sudah semakin hampir. Calon perlu tenangkan fikiran dan rancang, apa yang perlu dilakukan pada saat akhir.

1.Periksa tajuk pelajaran yang belum calon kuasai.

2.Tanya diri anda, adakah anda sudah kuasai mata pelajaran yang dipelajari selama ini?

3.Senaraikan tajuk yang masih belum anda kuasai

4. Lakukan ulangkaji secara berkumpulan.

5. Ulangkaji nota pelajaran secara menyeluruh.

6. Buat latihan secara kerap.

7. Tingkatkan bilangan jam belajar. Sekarang bukan masa untuk leka dan cuai masa yang berbaki.

8. Lakukan kuiz bersama rakan sekelas, berkenaan subjek yang belum anda kuasai sepenuhnya.

9. Susun masa dengan baik, rancang jadual belajar.

10. Jaga kesihatan diri, untuk elak calon hilang fokus dalam pelajaran.

11. Jangan lakukan aktiviti lasak, untuk elakkan kecederaan berlaku.

12. Makanan makanan berkhasiat.

13. Tidur perlu cukup, jangan sampai anda mengantuk dan tidak boleh fokus dalam dewan peperiksaan.

14. Lakukan ulangkaji terhadap soalan yang kerap gagal.

15. Dapatkan kemaafan dan restu ibu ayah.

16. Banyakkan berzikir dan solat tepati waktu.

17. Banyakkan berdoa, moga ALLAH SWT kabulkan doa dan melapangkan dada.

18. Jangan terlalu stress dengan soalan yang bakal dijawab, tawakal.

19. Semak jadual peperiksaan, supaya anda boleh rancang waktu belajar.

20. Elakkan berfikiran negatif.

MUAT TURUN DI SINI

Tip menarik:

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

UPSR: Ustaz Hasrul anjur baca dua surah ini, buat anak yang sedang menghadapi peperiksaan