SHAH ALAM - Sejumlah 3,000 penuntut tahfiz dari Selangor semalam menyemarakkan lagi World #QuranHour yang secara rasminya berlangsung pada 30 Mei ini bersamaan 25 Ramadan 1440 Hijrah.

Bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, para peserta membaca dan bertadabbur al-Quran secara beramai-ramai.

HAFIZ HANEEFA

Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor (Pitas), Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata, penglibatan institusi tahfiz dalam penganjuran World #QuranHour adalah bertujuan menyuntik semangat masyarakat untuk turut serta dalam program berkenaan.

“Ini merupakan tahun keempat penglibatan kita.

“Pelajar tahfiz bersama World #QuranHour nak beritahu masyarakat bahawa program ini adalah satu program yang baik perlu diperkasakan setidaknya ada tadarus. Mudah-mudahan berterusan amalan membaca al-Quran,” katanya pada sidang akhbar bersempena Ijtimak Huffaz Selangor ke-13 di Masjid Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam semalam.

Menyentuh mengenai program Ijtimak Huffaz, Muhamad Hafiz berkata, ia merupakan program tahunan Pitas.

“Kita kumpul sejumlah pelajar tahfiz dengan guru-guru di mana jumlahnya melebihi 3,000 pelajar dan guru-guru berkumpul di sini.

“Antara objektif pertama ialah pelajar menghidupkan malam Ramadan dengan bacaan halaqah 30 juzuk secara hafazan.

“Setiap satu juzuk akan dialunkan seorang pelajar sambil didengari ribuan pelajar yang lain.

“Suasana yang cukup baik muncul apabila ada orang luar datang suntik semangat untuk cintai al-Quran,” katanya.

Program #QuranHour merupakan sebuah kempen berimpak tinggi diaktifkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan al-Quran.

Kempen itu merupakan suatu inspirasi agar manusia mampu melonjakkan potensi diri berlandaskan kerangka fikir al-Quran.

Peserta membaca al-Quran pada majlis Ijtimak Huffaz Selangor ke-13 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Artikel menarik:

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Wajib baca kepada yang ada adik beradik! Jangan 'share' selagi tak habis baca

Hanya seminggu, murid tahun 2 ini sudah mampu kuasai semua subjek... ini rahsia ibunya buat

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan