22 buah sekolah, melibatkan 499 pelajar miskin menerima Bantuan Prihatin Rakyat untuk bayaran pembelian peralatan sekolah, buku latihan,  buku tulis dan  bantuan awal persekolahan, bernilai RM100.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan 1, Cikgu Muslimin Yahaya berkata, penyerahan Bantuan Prihatin Rakyat itu menyasarkan pelajar miskin secara pandu lalu, bermula 16 Februari sehingga 19 Februari ini.

Penyerahan Bantuan Prihatin Rakyat yang dianjur beliau bersama pusat Khidmat Rakyat Sg Besar itu melibatkan beberapa buah sekokah seperti SMK  Dato’ Mustaffa, SMJK Yoke Kuan, SAM Pasir Panjang, SK Seri Utama, SK Binjai Jaya, SK Sg Limau, SJKC Sin Min dan beberapa buah sekolah lain.  

“Objektif penyerahan adalah untuk membantu  kumpulan sasar yang miskin, dengan menyediakan keperluan sekolah, peralatan dan buku. Ia merupakan kesinambungan daripada program ‘back to school,’ melibatkan 1000 penerima, yang dilaksanakan pada 16.1.2021 di tiga buah pasaraya sebelum ini,” katanya.

Beliau turut berharap semua pelajar diberikan peluang belajar, dan kekangan seperti kekurangan duit untuk membeli keperluan persekolahan dan peralatan persekolahan tidak boleh dijadikan alasan pelajar tercicir.