Semua sekolah di seluruh negara yang ditutup kerana pandemik koronavirus (Vovid-19) sejak Mac lalu akan dibuka semula mulai 24 Jun ini, namun hanya melbatkan pelajar yang akan menduduki peperiksan awam dan antarabangsa pada tahun ini.

Pembukaan semula sekolah itu melibatkan seramai 500,444 pelajar kelas peperiksaan di 2,440 sekolah di seluruh negara.

Ia membabitkan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Vokasional Malaysia (STVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa.

Kementerian Pendidikan membuat keputusan itu selepas mengambil kira andaian dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Murid yang mencatat bacaan suhu melebihi 37.5 darjah Celsius tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

Serentak dengan itu juga, semua guru akan kembali ke sekolah bagi membolehkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP) dipelbagaikan.

Kami mohon jasa baik ibu bapa memastikan hanya anak-anak sihat dihantar ke sekolah. Anak-anak perlu mematuhi garis panduan disediakan semasa di sekolah. Warga sekolah juga mesti sentiasa mematuhi garis panduan KPM.” - Kata Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.

Artikel berkaitan:

Pelaksanaan : Pengurusan Prasarana

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga

Pelaksanaan : Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)