IPOH - Kira-kira 80 orang penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak dan Kampar masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, setakat pukul 9.00 malam tadi, 66 penduduk yang kebanyakkannya dari Kampung Batu 7 1/2, Teluk Intan terdiri daripada 16 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong.

"Sementara jumlah mangsa banjir dari Kampung Cabang Dua di daerah Kampar juga masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Dipang iaitu masih kekal 14 orang terdiri daripada dua buah keluarga," katanya.

Banjir di Hilir Perak melibatkan Kampung Batu 7 1/2, Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 itu berpunca daripada hujan lebat pada Jumaat.

Banjir di Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 telah mulai surut, membolehkan penduduk di kawasan berkenaan pulang ke rumah masing-masing pada pagi ini.

Bagaimanapun, penduduk terjejas di daerah Kampar masih belum dibenarkan pulang sehingga pihak keselamatan mengesahkan kediaman mereka selamat didiami. - Bernama

Artikel menarik:

Bagaikan sedang belajar di Istana Inggeris..kreativiti cikgu SMK Pakan luar biasa

7 cara fokus dalam belajar: Rahsia jadi pelajar terbaik

'Nak naik kereta mana' - cikgu ini sembunyi perasaan terkejut bila tengok kereta bekas pelajar