Shah Alam - Suasana pagi di perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 4, Bangi suram apabila guru membuat pengumuman mengenai kematian Muhmmad Haziq Mohd Tarmizi.

Pagi tadi, pihak sekolah turut membuat solat jenazah ghaib buat bekas pelajar itu.

Pemergiannya terkesan di hati ramai orang di seluruh dunia.

Siapa sangka pertemuan Disember lalu menjadi pertemuan terakhir buat Khairul Aiman Redzuan Hafiz Boon dan Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi.

Rakan-rakan rapat ramai terasa kehilangan beliau hingga kini.

Aku rindu korang!

"Aku dah lama tak rasa fun macam ni, aku rindu korang," itu ungkapan Muhammad Haziq usai pertemuan mereka Disember lalu di sebuah pusat beli belah di Putrajaya.

Semestinya, sebagai kawan baik, Khairul Aiman amat terkesan dengan pemergian Allahyarham.

Berbual dalam telefon

Malah, mereka sempat berborak melalui telefon dua hari sebelum tragedi ngeri itu berlaku.

Ini pula kata tiga mufti berkaitan kematian Muhammad Haziq https://www.gpsbestari.com/berita/tergolong-syahid-akhirat-komen-tiga-mufti-mengenai-kematian-muhammad-haziq-1.924178

"Banyak yang kami tempuhi bersama-sama," ujar Khairur Aiman dalam keadaan masih bersedih menerusi whatsapp.

Sumber: Astro Awani