MERSING - Tiga kakitangan sekolah agama swasta maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 23, Jalan Nitar-Mersing di sini, pukul 1.40 tengah hari semalam.

Sodiq Abu Bakar, 40, Shamjuddin Romani, 59, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Khairy Abd Jaafar, 37, semasa dalam perjalanan ke Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka dalam perjalanan dari Mersing menuju ke Kluang.

"Kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, yang dipercayai telah memasuki laluan bertentangan…. bagaimanapun, pemandu serta penumpang kenderaan pacuan empat roda hanya hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel lain:

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid Tahun Enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

'Tetap serius dan tegas ketika mengajar walaupun berwajah 'baby face' - Cikgu Ian Francis Manga