KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap pembangunan koperasi sekolah di negara ini sebagai platform merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan menjelang 2030 selaras Dasar Keusahawanan Nasional (DKN).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, terdapat 2,421 koperasi di sekolah menengah yang berpotensi dalam melahirkan generasi usahawan muda.

Menurutnya, bagaimanapun beberapa perkara menjadi kekangan untuk koperasi bernaung di bawah Angkasa berkembang dan kerajaan harus memberi perhatian terhadap perkara tersebut.

“Angkasa sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk merealisasikan hasrat ini.

“Untuk melahirkan masyarakat keusahawanan mesti bermula di peringkat sekolah. Jadi Angkasa sarankan agar budaya keusahawanan diberi penekanan melalui koperasi sekolah yang kini mempunyai 1.6 juta ahli,” katanya ketika ditemui pada Majlis Dialog Pemerkasaan Perniagaan Koperasi di sini semalam.

Baca:

Choo Choo Ride tarik minat kanak-kanak naik Skypark Link

'Hasil dapatan dijangka hujung bulan ini' - KKM nafi najis burung antara faktor gangguan kesihatan

'Sukatan subjek Sejarah Tingkatan Empat dan LIma ditambah baik' - Dr. Maszlee

MB mahu pihak sekolah dan ibu bapa peka keberishan elak insiden SK Tanjung Puteri Resort berulang

Guru SK Puchong Utama 2 sanggup guna duit sendiri untuk jayakan pementasan Raja Lumu