MINGGU ini, peperiksaan UPSR sudah bermula, berikut ini beberapa perkara yang perlu calon lakukan... Mari kita tengok

  • Hias tempat belajar dengan ayat-ayat motivasi
    Kalau persekitaran cantik, sudah pasti kita akan selesa dan tenang untuk ulangkaji.
    Tambah lagi dengan ayat motivasi! Kita akan lebih positif dan bersemangat!
  • Jauhkan diri dari makan makanan ringan
    Calon juga harus sentiasa menjaga tubuh badan dan otak dengan memilih makanan berkhasiat yang terbukti dapat meningkatkan daya ingatan seperti ikan, kekacang, bijirin, yogurt dan bluberi.
  • Ajak kawan-kawan buat 'study group'
    Belajar secara berkumpulan sememangnya berkesan untuk menjawab peperiksaan dengan baik. Seperti kata pepatah, “two head is better than one”.
  • Guna peta minda atau gambar
    Cuba praktikkan melukis peta minda dengan menulis point-point yang anda rasa penting lebih menarik jika gunalah pen yang berwarna warni. Ini juga dapat merangsang mood untuk anda tidak cepat bosan semasa mengulangkaji.
  • Rehat sebentar selepas setiap sesi belajar.
    Mengulangkaji pelajaran dalam sesi belajar yang lama adalah tidak digalakkan. Minda menjadi penat secara cepat dan tumpuan akan merosot dengan mendadak apabila sampai ke akhir sesi.
  • Jauhkan diri daripada semua jenis gangguan.
    Calon sebaiknya jauhkan dan mengasingkan diri dari telefon pintar, internet, siaran TV dan media sosial.
  • Jaga kesihatan
    Minda yang cerdas dari badan yang cergas. Boleh juga keluarkan peluh dengan jogging sekitar rumah.
  • Persediaan malam sebelum peperiksaan, tidur haruslah cukup ya!
    Semak perkakas alat tulis dan dokumen yang perlu dibawa esoknya.
    Boleh juga semak nota subjek dan cuba jawab contoh kertas peperiksaan tahun-tahun lepas.
  • Pastikan anda mendapat tidur yang cukup.

Good Luck! Semoga kejayaan milik kalian.

Tip menarik:

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

10 manfaat belajar awal pagi cara Cikgu Shahrul...penting untuk calon UPSR amal