KELIHATAN sekumpulan murid-murid Tahun Enam melonjak kegembiraan kerana meraih keputusan cemerlang dalam UPSR, hari ini.

Tidak kurang juga, ada yang terdiam dan memilih untuk bersendirian kerana keputusan yang tidak membanggakan.

Dalam situasi kesedihan itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting.

Seperti kata Cikgu Zyd

"Apapun keputusan yang dia dapat, peluklah dia. Tunjukkan kita betul-betul hargai pengorbanan dia sepanjang tahun ni," katanya.

Ikuti nasihat Cikgu Zyd menerusi Telegram Perkongsian Cikgu Zyd buat mak ayah di luar sana. Moga bermanfaat.

**********

Peluklah anak itu

Apapun keputusan yang dia dapat, peluklah dia. Tunjukkan kita betul-betul hargai pengorbanan dia sepanjang tahun ni.

Boleh jadi itulah yang membuka pintu hati mereka untuk faham yang kita betul-betul sayangkan mereka.

Asbab kita hargai mereka. Mereka pula akan menghargai kita.

Bahang keputusan tu hari ni je rasa. Esok lusa dah lupa. Tapi insya-Allah dengan pelukan penghargaan yang kita bagi tu mereka ingat selama-lamanya tuan puan.

Benar pelajaran itu penting, tapi janganlah nilai mereka dengan nombor dan huruf semata-mata.

Kerana akhlak yang akan memandu mereka menjadi manusia yang baik.

Ingatlah, yang akan menjaga kita bila tua nanti adalah anak-anak kita. Yang akan meneruskan warisan kita nanti adalah anak kita, yang akan mendoakan kita adalah anak kita.

Kita dah banyak sibukkan mereka dengan dunia. Beri juga kasih sayang. Kerana hanya kasih sayang yang akan membuatkan mereka ingat kita.

Dunia akan terus menyibukkan anak kita. Dan lebih parah membuatkan mereka lupa pada kita kerana sibuk mengejar dunia.

Bisik pada mereka

“Tahniah, nak. Mak ayah sayang kamu. Kamu dah lalui fasa pertama dalam hidup kamu. Perjalanan masih jauh, jatuh hari ni jangan terus rebah tapi bangkit untuk teruskan perjalanan.”

Sumber: Telegram Perkongsian Cikgu Zyd

Artikel Menarik:

Cikgu Fadli kongsikan 10 pesanan buat ibu bapa dan calon UPSR

'Mohon jaga tutur kata, usap kepala anak dan berdoalah'- Pesan cikgu Emmet

Dr Kamilin kongsi enam sebab, anak perlu hafal al-Quran