SHAH ALAM - Bagi mempersiapkan sistem pendidikan mereka menghadapi Pendidikan Abad Ke-21, Kerajaan Arab Saudi akan menghantar guru yang mengajar tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains ke Malaysia untuk dilatih.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya cukup berbesar hati menerima guru-guru berkenaan dan mengangkat ia satu penghormatan itu.

"Kami bersedia untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bersama mereka manakala guru yang dihantar berpeluang mengenali budaya masyarakat Malaysia dan turut menyumbang dalam pembelajaran anak-anak kita di sekolah.

"Pertukaran suasana sebegini merupakan satu inisiatif yang baik untuk meluaskan lagi spektrum pemikiran antara rakyat Malaysia dan Arab Saudi dan menyemarakkan aktiviti silang budaya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam status yang dimuat naik di laman Instagram beliau selepas perjumpaan bersama Menteri Pendidikan Saudi, Dr Hamad Mohammed Al Shaikh, di Riyadh, semalam.

Beliau dilantik sebagai utusan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menemui Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Menurutnya, dalam pertemuan itu beliau dan Dr Hamad saling bertukar pandangan dan buah fikiran tentang sistem pendidikan di negara masing-masing.

Lebih menggembirakan apabila Kementerian Pendidikan Arab Saudi bersetuju menyediakan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia yang mengambil jurusan sains dan teknologi.

Sementara itu, Kerajaan Arab Saudi juga membuka pelung untuk pensyarah dan pengkaji dari Malaysia membuat kolaborasi serta kajian bersama dengan universiti di Arab Saudi di bawah biayaan mereka, terutamanya di dalam bidang kejuruteraan, petrokimia dan tenaga boleh diperbaharui.

 

Status di Instagram tersebut mendapat pelbagai reaksi positif warganet antaranya;

fauzi_oz: tahniah....satu usaha yg baik untuk win2 situation.....moga mereka2 yg terpilih dapat berbakti agama dan negara

mdyusshalman: Inesiatif terbaik YB ..semoga maju terus melahirkan modal. insan berguna kepada Negara ..Aamin

imsyu10: Big congrats Dr Maszlee!

zmszuraida: semoga kolaborasi & usaha ini berjaya dan membawa kebaikan kpd seluruh warga pendidik


 

 

Artikel Menarik:

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Nak buat sambutan hari lahir anak di sekolah? Cikgu ini beri panduan apa ibu bapa perlu tahu

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan